نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Thursday, June 23, 2005

Optimism

assalamualaikum

sedikit terbaca tulisan abn bertajuk Hubungan kepercayaan dan keyakinan dengan kejayaan. secara amnya, penulis cuba menggambarkan bahawa keyakinan itu adalah langkah pertama untuk kejayaan.

ingin hamba berceloteh soal optimism atau optimisme. optimism adalah satu sikap kita meletakkan kepercayaan yang tinggi akan keberhasilan sesuatu kerja. jika keyakinan itu adalah anak tangga pertama untuk kejayaan, optimism adalah sikap yang harus dimiliki pejuang-pejuang islam.

berdasarkan pelbagai sumber yang sahih, kita seharusnya dapat melihat sifat optimis yang ada pada Nabi s.a.w. bayangkan situasi di Makkah, ketika hampir semua orang memaki hamun Nabi saw, sikap positif baginda sentiasa terserlah.

Lihat ketika perang khandaq, ketika tentera ahzab mengatur strategi untuk menawan madinah, sahabat berasa kecut perut, menggambarkan jumlah tentera ahzab yang akan tiba. tatkala mereka sibuk menggali parit, mereka terpaksa memecahkan satu batu yang besar yang tidak mampu mereka lakukan, disebabkan kekerasan batu tersebut. apabila Nabi saw datang untuk memecahkan batu itu, setiap hentakan baginda menyebabkan terhasilnya percikan api. dan baginda saw berkata (dipetik dari raheeq makhtoum)

“in the Name of Allâh, Allâh is Great, the keys of Ash-Shâm (Geographical Syria) are mine, I swear by Allâh, I can see its palaces at the moment;” on the second strike he said: “Allâh is Great, Persia is mine, I swear by Allâh, I can now see the white palace of Madain;” and for the third time he struck the rock, which turned into very small pieces, he said: “Allâh is Great, I have been given the keys of Yemen, I swear by Allâh, I can see the gates of San‘a while I am in my place.”

lihatlah, betapa optimisnya nabi kita saw. baginda begitu yakin dengan janji Allah, kerana baginda seorang nabi yang seharusnya menjadi contoh tauladan kita. sekiranya kita dalam situasi tersebut, pastinya kita tidak mampu berfikir soal sham mahupun yaman, terutamanya jika 10,000 tentera sedang dalam perjalanan untuk membunuh kita.

kita, selaku Ummat Muhammad saw seharusnya mencuba untuk mencontohi baginda saw. Allah telah menghantar sebaik-baik makhluq, sebaik-baik insan untuk dicontohi, dan tidak seharusnyalah kita membiarkan sunnah nabi saw tersisih tanpa pembelaan.

cukup la setakat ini dahulu. teringat saya sepotong ayat al-quran,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

39:53 Say: "O my Servants who have transgressed against their souls! Despair not of the Mercy of Allah. for Allah forgives all sins: for He is Oft-Forgiving, Most Merciful.

dalam ayat yang lain:

يَا بَنِيَّ اذْهَبُواْ فَتَحَسَّسُواْ مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

12:87 "O my sons! go ye and enquire about Joseph and his brother, and never give up hope of Allah's Soothing Mercy: truly no one despairs of Allah's Soothing Mercy, except those who have no faith."

cukup lah sekadar ini dahulu, moga Allah memberi hidayah kepada kita untuk mengamalkan sunnah nabi dan menjadi lebih optimis dalam hidup kita.

wassalam

0 Comments:

Post a Comment

<< Home