inspirasi di malam hari
jam 1.09 pagi.
aku masih lagi termenung melihat skrin komputer. alahai, bila la nak upgrade monitor ni. satu dunia dah pakai LCD flat screen, still pakai crt. tak sakit mata ke? tanya diri aku sendiri.
hmm, tiba-tiba sorang kawan hantar lagu humaira.. mak aih, bukan main 'modern' lagi lagu nih. memang takde lagi unsur-unsur 'qasidah' yang dipelihara turun temurun. dengan instrumen yang pelbagai, irama r&b ala barat, dan memcam lagi
cakap soal barat, teringat khutbah jumaat hari ni, muthanna, presiden isoc berbicara soal human rights. soal bagaimana islam meletakkan darjat yang sama antara arab dan a'jam. ukurang taqwa. soal hak wanita. dan meacam lagi. bagaimana negara-negara barat yang berbicara soal human rights, mematahkan tulang manusia yang masih hidup. sedang nabi saw, melarang kita mematahkan tulang-tulang orang yang telah mati.
negara barat dipimpin encik bush dan encik blair. cakap pasal encik blair, macammana la ntv7 boleh salah taip nama encik blair (lihar gambar)
berbincang soal pemimpin negara, kenapa saddam hussin stau-satunya pemimpin negara yang dikenali dengan first name dan bukan surname. kenapa kita panggil blair mr blair dan tidak tony. mr bush dan bukan george. tetapi, saddam.. saddam bukan mr hussein
tamat lagi, replay buat kali ke dua.
hmm, aku tak rasa aisyah humaira ummul mukminin mintak dinyanyikan semacam ini sekali.
oh, terbaca di internet, soal membicarakan umur aisyah ketika berkahwin. alahai, ntahlah, penting sangatkah umur aisyah bila berkahwin dengan nabi saw? penting sangatkah umur khadijah bila bernikah dengan nabi saw? alahai, bukankah lebih banyak masalah ummat yang lebih awla untuk diselesaikan?
well, well, cukup coretan ku sekadari ini cuma.. apsal keluar ayat pelik2 nih.
ok la, ini tandanya aku dah ngantuk, so aku kena tidur, esok nak pergi masjid solat subuh. insyaAllah aku boleh pergi masjid untuk subuh dengan lebih konsisten, sebab aku dah takde keje pagi..
wassalamualaikum
0 Comments:
Post a Comment
<< Home