نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Monday, March 06, 2006

hari ini tahun lalu

assalamualaikum,
lama, sangat lama aku tak update benda yang lebih personal dalam blog ni.

semakin lama semakin sibuk, sibuk dengan tugasan, cuba mencari ruang untuk memberi sedikit maklumat kepada insan di mana-mana, yang mungkin ada mengambil berat tentang khabar baik buruk ku, suka duka, susah senang..

hari ini tahun lalu, aku mungkin masih cuba menyiapkan project Finite Element Analaysis. hari ini tahun ini, aku masih cuba menyiapkan project detectability of defect for real-time Structural Health Monitoring system..

entah, aku tidak begitu peduli. cuma, ibarat, terkadang terasa sunyi juga. terasa bersalah dan menyesal juga. namun, apa yang telah berlalu, tak mungkin dapat diulang. hampir genap setahun, kawan baik aku menghilangkan diri. entah masih hidup, entah tidak. wallahua'lam.

terkadang aku berasa sedih juga. apakah salahnya dalam bertanya khabar? andai ada salah silapku, bukankah kemaafan itu lebih aula? sedang alquran sendiri menyarankan kita agar saling memaafkan. tetapi, realitinya cukup mengelirukan. tidak perlu berbicara panjang. cukuplah sekadar bertanya khabar. namun, mungkin itu terlalu sukar bagi insan yang hidupnya diisi detik-detik di ambang perkahwinan. semoga bahagia hingga ke anak cucu.

berbicara soal kahwin, wah, musim panas tahun ini, insyaAllah seorang 'junior' yang ku kenal sejak di KMB akan melangsungkan walimah. perkenalan mereka cukup lama. dan semoga perkahwinan kalian bertahan jauh lebih lama. semoga perkahwinan kalian diberkati.

andai kalian terasa entry ini ditujukan kepada kalian, maka sudi-sudikanlah menghantar email pada aku..

wallahua'lam, wassalam..

p/s: teringat seorang sahabat pernah berbicara:
"bersahabat itu untuk seumur hidup. andai kita tiada jodoh, aku harap suamiku bakal menjadi sahabat karibmu. isterimu bakal menjadi sahabat karibku..."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home