Lailatul qadar..
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh
memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku
ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas
kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada
di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan
ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir
aku.
"Kenapa?" tanya Abah.
"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau! Berapa lama engkau tak ke masjid?"
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah
tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh!, " sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan
melawan. Kadang-kadang Abah
lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.
SELAMAT BERPUASA!
-- diadaptasi dari satu cerita yang aku dapat kat internet. Kudos to the original writer

3 Comments:
mesjit sujud.. abes r satu mesia dtg amik no ekor
kalau masjid sujud, di manakah kedudukan wiko kahana yg selalu ada lama masjid?
ahaa... a funny one.
Post a Comment
<< Home