نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Friday, May 15, 2009

Manusia-Manusia BODOH dalam PAKATAN RAKYAT

Ada beberapa kategori manusia bodoh dalam Pakatan Rakyat.

1) Anwariyun

Mereka ni penyokong Anwar Ibrahim dari zaman UMNO lagi. Mungkin atas dasar 'islamik' DSAI atau apa pun, mereka ini memang pengikut yang kuat. Sebab asal mereka dari UMNO, maka mereka kekal dengan perangai UMNO. Bila Pakatan pegang kuasa, mereka pun syok, dan perangai mereka tak ubah dengan UMNO. Sama rasuah, dan sebagainya. Pada saya, golongan ini bodoh kerana tak memahami asas perjuangan PR yang menolak rasuah di zaman mana pun.

They mainly choose to reside as PKR members

2) Pejuang bangsa totok

Orang macam ni, penyokong kuat kepada sistem politik berasaskan kaum yang wujud dalam Barisan. Mereka mungkin tidak suka kepada UMNO/ BN kerana dasar-dasar tertentu, tetapi cara mereka bercakap dan sebagainya, tiada beza dengan sikap racist parti-parti komponen BN. Pada saya, golongan ini bodoh kerana tak memahami asas perjuangan PR, yang membela rakyat dan bukan rakyat (seperti Altantuya) tanpa mengira kaum.

They mainly choose to reside as PAS and DAP members 

3) Anti-UMNO

Golongan ini, benci pada UMNO. Mungkin kerana sebab-sebab tertentu, mungkin kerana penindasan yang UMNO pernah lakukan, mungkin kerana pernah minta tanah tak dapat. Ataupun mungkin pernah kalah pencalonan bahagian. Mungkin juga hujah agama. Apa pun, mereka ini benci UMNO secara emosional. Hatta, kalau ada sebarang cadangan kerjasama dengan UMNO, akan ditolak. Sama ada unity government atau muzakarah, semua tak boleh. Bagi saya, golongan ini bodoh, kerana taqlid membabi buta. Kalau satu hari, UMNO boleh reform, dan nauzubillah, tiba-tiba PKR jadi macam UMNO, adakah masih tetap mahu benci UMNO kerana sentimen dan emosi tadi?

PAS, PKR, DAP, semua ada

4) Ulama' v Professional
Satu lagi puak yang tak berapa cerdik yang ada dalam PAS, adalah puak yang menganggap Ulama' ni semua bangang dan tak reti perintah. Ada juga puak yang anggap Professional ni semua jahat dan tak bertarbiyah. Come on la, sangka baik la sikit. Bodoh la kalau kita anggap orang semua jahat, dan kita sahaja yang baik dalam dunia ni. Last sekali tak sape pun dapat manfaat. Yang ulama', cuba-cuba la tarbiyahkan yang professional. Yang professional, cuba-cuba la ajarkan ulama' hal ehwal muamalat dan foreign affairs.

Kesimpulan, hadam-hadamkan lah matlamat perjuangan dan hala tuju parti. Gunakan medan yang ada sebagai medan mendekati masyarakat (dakwah). Toksah la dok benci orang, atau suka kat orang mengkhinzir buta.

Jika anda memilih untuk menyokong PAKATAN RAKYAT, maka jadilah penyokong dan pendokong yang bijak. Bukan kerana wang, bukan kerana harta, bukan kerana glamour, tetapi kerana Allah, dan kerana memperjuangkan yang hak.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ya, Mereka Bodoh! Wang tak mahu, perumpuan tak mahu, senang berkawan degan orang kuasa di Umno pun tak mahu hanya mahu Kuasa untuk Rakyat! Rakyat mana ada duit?
Umno boleh guna Income Tax dan EPF dari Wang Rakyat sesuka hati, PKR mana boleh? Bodohnya PKR!

6:39 PM  
Anonymous Anonymous said...

Orang Cina di PKR lebih Bodoh! Jangan buat kacau! diam diam cari makan, memberi sokongan kapada ketuanan Melayu. Dengan ini, akan mendapat banyak Sub-contract dan peluang kewangan.

PENDATANG PUN TAK MALU!

7:17 PM  
Blogger Zacharias said...

Ye ke hanya mahu kuasa untuk rakyat? Habis yang terima 'sedekah' kat perak tu macam mana?

yang lompat 2 orang tu pun, pasal dah nak kena kes rasuah. Sama la dengan yang penanti pun.

Betulkah hanya mahu kuasa untuk rakyat?

11:44 PM  
Anonymous Anonymous said...

"PENDATANG PUN TAK MALU!"

i hope your intention is good, whoever you are. You are just merely reminding Chinese to support PKR and hinting how Umno can benefit Chinese by using your reverse tactic but it is better stop using the word "Pendatang".

It is Pendatang calling the Pendatang.

BL

5:26 AM  
Anonymous A.Syafiq said...

Lengkapkanlah 12 so that match dgn 12 hawariyyun.

4:18 AM  
Anonymous al-aman said...

Setuju... berfikirlah dengan akal yg waras. Pilihan hari ini ialah untuk keharmonian hari esok!

8:10 AM  

Post a Comment

<< Home