نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Wednesday, April 26, 2006

Keanehan Sikap Rakyat Malaysia

assalamualaikum

Beberapa hari yang lalu, negara dikejutkan dengan pemergian bekas timbalan perdana menteri malaysia, tun abdul ghafar baba.

Dalam media mahupun akhbar tempatan, allahyarham telah dipuji-puji, jasa beliau dikenang, diri beliau disanjung. dalam erti kata lain, semuanya terdengar begitu indah.

Anehnya, sebelum pemergian beliau, kita tidak dengar cerita-cerita ini. semuanya disimpan kemas oleh pihak media. Pimpinan negara juga tidak ada menyebut-nyebut jasa beliau. semua disimpan rapi dalam peti.

Lihat sahaja allahyarham P.Ramlee. Hanya selepas kematian beliau barulah kita terhegeh-hegeh nak beri gelaran Tan Sri. Leftenan Muda Adnan. Mati baru dapat pangkat Leftenan. Selepas mati, pangkat dan harta tak bererti. Hanya doa dan amal soleh yang dapat meringankan azab alam barzakh.

Teringat ketika Nik Aziz sakit tenat. Bukan main ramai yang memuji beliau. Konon, umat islam di malaysia masih memerlukan beliau. dalam erti kata lain, pujian itu mendoakan mati. Bila beliau kembali cergas, haram nasihat beliau hendak didengar. sebelah mata pun tidak pandang.

Sayang sungguh, budaya rakyat Malaysia. Kematian ibarat kunci yang membuka peti rahsia tadi. Sayangnya, si mati tidak dapat rasa erti dihargai. Sayang, kita gemar mengeji, jarang sekali memuji. dan jika ada sekalipun, bila si empunya badan telah pergi.

Erti Hidup Pada Memberi. Biarlah memberi pada yang dapat menghargai.

(Jika tidak, lebih baik sahaja sedekahkan Al-fatihah)

1 Comments:

Blogger Dina said...

manusia selalunya sedar kebaikan, kenikmatan atau kekuatan yg ada selepas ia pergi. so kita kena lah selalu ingat-mengingati antara satu sama lain dan bersyukur dgn apa yg dikurniakan Allah. jgn menyesal di kemudian hari..

8:55 AM  

Post a Comment

<< Home