Berjalan, musafirlah..
assalamualaikum warahmatullah..
hari ini, aku telah membulatkan tekad. insyaAllah, aku akan pergi ke Bosnia ESOK!!! entah, usai membeli tiket kapal terbang ke graz beberapa minggu lalu, aku diserang mimpi aneh bertubi-tubi. hampir setiap malam, ada sahaja perkara yang bermain di fikiran. dan setiap malam, ada sahaja mimpi yang mengganggu.
tekad aku.. aku perlu ke tanah Balkan. suatu tanah misteri, yang insyaAllah mampu menguraikan misteri yang mengusutkan fikiran aku kala ini.
entah, aku sendiri tidak pasti apa yang aku cari. aku sendiri tidak tahu apa yang akan ku temui. namun, bukankah itu tujuan bermusafir. memastikan segala ketidakpastian. bertemankan sebaik-baik teman, aku yakin, jawapan kepada misteri aku ada di sana..
mungkin aku akan pulang, bersama hikmah mirip kata-kata hamzah fansuri..
Aku berulang kali Pergi ke Mekah (Kaabah), Tapi Aku tak jumpa Allah di sana. Sebaliknya Aku jumpa Allah di dalam rumah..
pastinya, aku sendiri tidak tahu apa yang akan kutemui. namun, aku tahu apa yang aku cari.
rasa kebersamaan dengan Allah, dan keyakinan dan kepercayaan aku utk bertawakkal dan redha pada taqdirNya
the truth is out there...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home