Ilmuwan Islam: Kisah pengembaraan Ibn Battutah bersifat global
Sumber: Berita Harian
ABU ‘Abdillah Muhammad ibn Abdillah ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Lawati atau Ibn Battutah adalah pengembara terhebat di kalangan pengembara Arab.
Beliau merakamkan pengembaraannya yang panjang selama 29 tahun merentas tiga benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia bersama-sama penulisnya yang dilantik oleh Sultan Abu ‘Inan iaitu Ibn Juzayy.
Ia bermula pada awal 1354 selepas beliau pulang daripada pengembaraannya ke kota Fez, ibu kota Maghribi (ketika itu) dan tamat pada 13 Disember 1355.
Maka lahirlah karya Tuhfah al-Nuzzar fi Ghara'ib al-Amsar wa ‘Aja'ib al-Asfar atau lebih dikenali sebagai Rihlah Ibn Battutah yang menjadi sumber maklumat mengenai Ibn Battutah, pengembaraannya dan tamadun dunia Islam pada kurun ke-14 Masihi.
Ibn Battutah lahir di Tanjah (Tangier) dan tinggal di sana hingga umurnya meningkat 22 tahun. Beliau memiliki sifat takwa yang mendorongnya untuk menunaikan ibadat haji dan mengembara.
Minat mengembara membawa beliau ke negara seperti Mesir, Syam, Semenanjung Arab, Afrika Timur, Asia Kecil, Rusia Selatan, India, China, Andalus (Sepanyol) dan juga negeri orang berkulit hitam (iaitu Mali dia Afrika Barat).
Berdasarkan pengalaman yang ditulisnya, Ibn Battutah menetap paling lama di India dan dilantik menjadi kadi selama dua tahun. Begitu juga seterusnya di China, beliau sekali lagi memegang jawatan kadi selama satu setengah tahun.
Ibn Battutah menceritakan semua orang yang dilihat dan dikenali di kedua-dua negara itu terdiri dari kalangan pembesar dan wanita terhormat serta rakyat jelata, lelaki atau wanita.
Beliau juga menceritakan pakaian, adat resam, budi pekerti, cara menyambut tetamu serta peraturan makan dan minum yang diamalkan masyarakat di sana selain kisah peperangan, ekspedisi ketenteraan, pemberontakan serta pembunuhan sultan.
Beliau juga adalah orang pertama yang menjelajahi bumi Afrika dan memberikan maklumat yang amat bernilai mengenai benua itu.
Selepas pengembaraannya, beliau tinggal di Fez, Maghribi dan berkhidmat dengan Sultan Abu ‘Inan, salah seorang pemerintah daripada kalangan Bani Marin.
Ketika menetap di Fez, beliau menceritakan apa yang dilihat dan didengarnya sepanjang pengembaraannya yang lalu kepada orang ramai menyebabkan sultan menitahkan beliau menulis semua kisah pengembaraannya.
Catatan Ibn Battutah walaupun dihasilkan lebih 670 tahun lalu tetapi masih boleh diguna pakai hingga sekarang kerana catatan beliau bersifat global dan kontemporari.
Kebijaksanaan Ibn Battutah juga terserlah kerana beliau berupaya menerangkan sesuatu hal dan peristiwa dengan begitu terperinci.
Kehebatan Ibn Battutah pernah diakui National Geographic yang memartabatkannya sebagai Prince of Travelers dalam edisi Disember, 1991.
Penulisnya, Abercombie mengakui bahawa Ibn Battutah sudah mengembara tiga kali ganda lebih jauh daripada Marco Polo (1254-1324).
Karya Rihlah Ibn Battutah yang kini berusia 649 tahun menjadi khazanah ilmu dan harta intelek dunia yang paling berharga bagi bidang pengembaraan dan eksplorasi dunia, kosmologi, kosmografi, geografi dan kronologi.
Baloch (1997) dalam bukunya yang berjudul Great Books of Islamic Civilisation menyenaraikan karya ini dalam 81 karya agung dalam pelbagai bidang ilmu yang menggambarkan kegemilangan tamadun Islam.
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) turut menerbitkan buku terjemahan Pengembaraan Ibn Battutah dari teks asal berbahasa Arab ke bahasa Melayu yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.
PROFIL
Nama: Abu ‘Abdillah Muhammad ibn Abdillah ibn Muhammad ibn Ibrahim al-Lawati
Gelaran: Ibn Battutah
Tarikh Lahir: 703 Hijrah/1304 Masihi
Tempat Lahir: Tanjah, Maghribi
Meninggal Dunia: 779 Hijrah/1377 Masihi
Sumbangan: Pelopor pengembaraan dengan pengalaman dan menghasilkan karya Rihlah Ibn Battutah.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home