نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Sunday, September 23, 2007

Pantun Rakyat

Negeri pahang indah dan makmur
Rakyat aman, bermain gasing,
Adnan yakob sangat tersohor,
Status menteri perangai samseng.

Kain batik kain basah,
jemur di bawah sinar mentari,
Negeri johor banyak jenayah
MB ikut cakap bini

Hari cuti pergi berjalan,
tercucuk kaki terkena duri
negeri melaka negeri sembilan,
dua dua banyak babi

Mentari terbit langitpun cerah
Diiring suara ayam berkokok
Polis terengganu sangat berhemah,
tembak orang di batu burok.

Sabtu ahad kita cuti
Pergi kerja di hari isnin
Kedah lahirkan dua perdana menteri
Namun rakyat masih termiskin


Burung merak burung kenari,
Ikan Kelah Ikan Duri
Negara Kita penuh korupsi,
Zaman Paklah makin menjadi.

Sungguh harum bunga kekwa,
Harum lagi buah kuini,
KJ kaya sungguh orangnya,
Haram sapu projek sana sini.

2 3 kucing berlari
semua masuk ke dalam guni
selangor maju makmur sekali
sampaikan MB wajah 'berseri'

Anak dara anak lelaki,
pergi merantau berdagang rempah,
anak merdeka 'happy go lucky'
anak haram bersepah-sepah

Pergi ke kedai membeli gula
Gula dibeli berkati-kati
gaji baru naik se-ela
barang naik berkali kali

lintah darat lintah laut,
semuanya sama menghisap darah
menteri & YB cakap melalut
Yang senang mereka, rakyat parah


Pergi ke kedai membeli tauhu
pergi ke reban mencari telur
orang jadi menteri dia pun mahu,
orang mesyuarat dia tidur



Pergi ke masjid mencari berkat,
dihalau pakcik, lari berterabur,
Sudah kahwin lagilah penat,
Mesyuarat lagilah banyak tidur,

2 Comments:

Blogger ihsan_huhu said...

mane dapat nih?

wahuahuaa

3:53 PM  
Anonymous Anonymous said...

wat sendiri la. mana ada copy copy

8:32 PM  

Post a Comment

<< Home