Jogging di pagi sabtu
Rumah yang saya diami kini terletak di pantai Tanjung Gemuk. Taman ini dirancang, supaya mempunyai kawasan surau dan taman permainan di tengah-tengahnya. Rumah dalam taman ini tidak sampai 200 buah. Memang kebiasaan taman-taman di PD, rumah-rumahnya tidak banyak. Ada sebuah taman, bernama Taman Kampung Paya (Taman-Kampung?), yang punyai rumah hanya sederet, tidak lebih dari 20 buah. Begitu juga Taman Bunga Kertas dan beberapa taman lain.
Kebiasaannya, saya akan berjogging dan kadang-kadang mandi laut, kalau air pasang. Pagi ini, air surut. Setelah 2 pusingan, sedang saya berjogging, tiba-tiba datang seekor anjing, dan tak semena-mena mengejar saya. Saya terus memecut langkah seribu. Sedang berlari, seorang makcik yang berada dalam pagar surau (ingat, surau di tengah-tengah) bertanya " Anjing tu kejar ke?" Alahai makcik, tak nampak ke saya tengah pecut ala Usain Bolt?
Anjing itu berhenti kejar, dan menunggu saya untuk pusingan seterusnya. Alahai anjing, bagi can la saya mahu lalu.
Hari ini, jogging saya ditamatkan awal, kerana penat dan tak mahu dikejar anjing lagi. InsyaAllah sambung jogging esok.
4 Comments:
sib baik kt uk ni byk anjing yg xkejar org
comel2 lak tu
rase nk sekeh je!
wah.. nih proses menurunkan saiz pinggang utk kelihatan lebih hensem dlm pic kawen ke?
haha
Pergh... giler ah.
Kat PD berjogging dikejar jogging.
Kat PJ berjogging ditahan penyamun bermotor dan bersenjatakan parang.
Lesson learnt: Jgn bawak wallet sewaktu berjogging.
Ooops silap
Kat PD berjogging dikejar anjing.
Kat PJ berjogging ditahan penyamun bermotor dan bersenjatakan parang.
Lesson learnt: Jgn bawak wallet sewaktu berjogging.
Post a Comment
<< Home