نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Thursday, November 06, 2008

Last Weekend: Kenduri Azraai & Pak Lang Pi Haji

Hujung minggu lepas, sempat ke Kenduri Cik Nah @ Mama di Kelana Jaya. Bertemakan warna ungu...

Yan @ Adik Azraai (pengantin) yang berposing tahap Naga Gaban. Beliau telah tidur lewat untuk menyiapkan montaj, dan bangun awal untuk menyiapkan rambut

Ya azraai berjalan masuk, diiringi sorang lagi cousin aku, sambil diperhatikan jalaludin hassan (nampak belakang kepala bersongkok)

Ust Hassan Muqaddam (bapak jalaludin hassan, musa hassan), hadir atas jemputan makcik aku yang dulu penerbit rancangan muqaddam

Asri Rabbani yang berselawat & doa, yang tidak difahami oleh kebanyakan audience, yang sibuk ambil gambar pengantin atau bersuka ria

Sedara-mara yang ceria


Pak Ngah yang tersenyum

Majlis turut diserikan dengan persembahan dari satu live-band yang aku tak kenal, tapi memang terer dan sedap

Ya, mereka sangat terer bermain muzik

Ayah Bersama Jonet Tuah (kiri) & Datuk Mokhzani (Kanan: Pengarah Orkestra RTM)

OK, selepas kenduri, kami pun pulang ke kampung di Kedah. Pak Lang iaitu adik pada ayah aku, dan Mak Lang hendak ke mekah menunaikan Fardhu Haji...

PakLang yang nak pi Haji, memeluk Husni, anak bongsu beliau


MakLang pun nak pi haji, jadi bersalaman dengan anak beliau.


Ayah yang sedang menjaga kereta, takut dipakukan tayarnya oleh orang 'AAM' yang tiba-tiba muncul di rumah tol.

Makcik-makcik lain yang sedang mengendap, ada apa dalam vending machine


Inilah Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang, berhampiran dengan Airport Bayan Lepas, yang lepas ni aku akan pergi at least 8 kali setahun


Ambil gambar sebelum semua balik ke Sik


Tokwan dan Dr Asma', sama-sama terlena dalam perjalanan pulang ke JB

7 Comments:

Blogger husna afifi said...

la..apsal kete sepah sgt...
eh, umi dok sblah kakak la ea?
xdpt masuk gamba
kenapa xd gamba umi n famili kite reramai kt kenduri azrai
makan apa?
ramai x artis dtg?
sazzy falak ada?

3:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

kete sepah, sebab banyak barang bawak balik dr kg.
umi dok sebelah kakak.
takde gambar, psl semua orang bz la.
sazzy falak takde, yg ada artis2 veteran je

9:23 AM  
Blogger ihsan_huhu said...

grand gk kenduri azraai tuh..

n boleh tahan bulat gk kakak skang. haha

4:54 PM  
Blogger asma' afifi said...

eh...mane boleh cakap bulat hanye dengan satu gmbr...balik umah dulu tengok..nape kne ade 1 gambar sabotaj di akhir cerite...
p/s: ktorg xnak kereta la balik jb, naik lori angkut barang...ade nmpk macam kereta ke?

5:12 AM  
Blogger Zacharias said...

mana ada gambar sabotaj. ummi yg suruh la. sebenarnya, kita dah buat para dah kat dalam stream. jadi tu yg barang nampak tinggi

9:32 PM  
Blogger Zacharias said...

Ada kawan komen di YM "salam, nak tegur gak boleh? gamba tok wan hang tido disumbat kertas dimulutnya"

Untuk makluman, tok wan saya pakai gigi palsu, tapi bila beliau tidur, beliau tanggal, dan untuk elakkan rasa ruang kosong itu, beliau akan menggigit sapu tangan.. untuk jawapan lebih tepat, sila tanya pada Dr Asma

5:35 AM  
Blogger husna afifi said...

tula
gamba tokwan yg kene sumbat tu mcm kene culik je
hahaahah
bahya btul2
kang kene tahan ISA
hauhauhauah

11:54 PM  

Post a Comment

<< Home