نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Friday, October 03, 2008

Kisah Raya & Ketupat Daun Palas

Daun Palas dalam Ikatan

Daun Palas dibuka sebelum boleh dibuat Ketupat
Ketupat daun palas yang sudah siap

Bagi yang tidak mengetahui, ketupat daun palas adalah sejenis ketupat yang lazimnya dibuat oleh orang utara semenanjung. Berbeza dengan ketupat yang biasa ditayangkan di kaca television, ketupat daun palas berbentuk segitiga dan diisi dengan beras pulut. Kadang-kadang, kacang merah juga turut dimasukkan bersama-sama beras pulut tadi.

Membuat pulut ini, sedikit berbeza dengan ketupat biasa.

1) Anyaman dan lipatan lebih mudah
2) Agakan isi untuk dimasukkan lebih mudah, memandangkan pulut yang dimasukkan sudah sedikit ditanak. Ketupat biasa memerlukan ketepatan dalam mengisi beras, kira-kira 1/3 jumlah isipadu ketupat. Lebih dari itu boleh menyebabkan ketupat itu keras sesudah dimasak, dan kurang enak dimakan.
3) Masa tanak ketupat pulut lebih pendek (kurang 2 jam) berbanding ketupat biasa (3 jam)

Ayah saya berasal dari kedah, jadi sememangnya beliau penggemar ketupat daun palas @ ketupat pulut. Masuk hari raya ke-2, kami pun berjalan hingga ke pasar Larkin, kira-kira 30km dari rumah semata-mata mencari ketupat daun palas. Namun, tiada rezki.

Kami singgah di sebuah kedai runcit di situ. Niat ingin membeli gambir, pinang, kapur (barang rencam makan sireh. Untuk persediaan majlis pernikahan). Sedang sibuk bertanya dengan tukang kedai, datang seorang makcik. Dia sedang mencari pulut. Katanya hendak buat ketupat daun palas. Jawab ayah saya " kami pulut ada kat rumah, daun yang takde". Tanpa teragak-agak, makcik tadi memberikan alamat rumahnya. Kata ayah saya "kalau kami tak jumpa, nanti kami singgah".

Sungguh, kami tak kenal makcik tadi. Mak saya sedikit risau, takut-takut makcik tadi adalah 'conwoman' yang cuba menipu orang. Tapi, pada ayah, makcik tadi patut lagi risau nak beri alamat rumahnya pada kami.

Alkesah, kami tak jumpa juga daun palas. Akhirnya, kami pergi lah ke rumah makcik tadi. Memandangkan saya dan ayah berpuasa pada hari tersebut, kami cuba duduk bersembang. Rupa-rupanya, makcik tadi merupakan mak mertua kepada bos Kakak saya yang bekerja di Hospital JB (yang baru mahu belajar blog). Alkesah, makcik tu pun beri 3 ikat daun palas kepada kami.

Sampai di rumah, kami pun buatlah ketupat, dan juga agih-agihkan daun tersebut kepada jiran-jiran yang berminat.

Itulah kisah raya ke-2 saya, dan juga kisah kebaikan hati orang utara. Bukan apa, cuma, saya rasa budaya begitu sudah sedikit mati di bahagian lain, dan juga generasi sekarang di negara kita. Begitu murahnya hati makcik tadi, mengundang orang yang tak dikenali datang ke rumah, hanya untuk daun palas, moga Allah sahaja yang balas.

Selamat hari raya, Kullu 'am wa antum bikhair. Takbeer!!! Allahuakbar.

p/s: Baru sahaja pulang dari rumah Dr Jo a.k.a Dr menantu kepada makcik yang bagi daun palas tu.

9 Comments:

Blogger srienna said...

menariknye ketupat daun palas ni..
agak lama gak dah x merasa..bertahun2 juga rasenye..hehe.

12:04 AM  
Blogger Zacharias said...

eh, siapakah enche' myway nih? anyway, terima kasih sebab menyinggah.

ketupat ni best, pasal buat sendiri. tak main la beli2 kan?

1:44 AM  
Blogger husna afifi said...

aik
mak mertua mana lak ni
konpius2

1:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

owh i didnt know the northern region are famous for this.

because im used to eat this since young but in tganu..

so i guess both area share the same dish

8:10 AM  
Blogger ihsan_huhu said...

ntah.. nih sape mertua sape menantu nih?

gle konfius

7:23 PM  
Anonymous Anonymous said...

Masa sehari sebelum raya hari tu, berikat-ikat daun palas aku beli kat pasar basah kat Bagan Serai ni. Ni sampai hari raya ke-10 ni pun mak aku siap dapat buat ketupat daun palas lagi...

Saja nak menambah info, ada orang suka letak kacang dalam pulut tu. Aku tak berapa pasti nama kacang tu tapi kami kat sini panggil kacang ketupat atau kacang putih. Ada juga resepi yang letak jagung manis dalam pulut.

Lagi satu, ikatan ketupat daun palas ni memang nampak senang tapi sebenarnya kena ada skill tertentu. Selalunya 'newbies' akan buat ikatan 'betina' tapi yang 'oldskool' akan buat ikatan 'jantan' Silap hari bulan terbuat ikatan 'tak berjantina' kalau tak kena gaya hehe....

Aku taktau macam mana mata mak aku boleh kenalpasti jantina ketupat tu, yang aku tau dua-duanya sedap dimakan bersama rendang ayam dan daging... Juga boleh dimakan macam tu saja... Salam Aidilfitri

9:27 PM  
Anonymous Anonymous said...

hehe, true.

aku tak ingat la yg mana jantan betina, tapi macam mak aku dan aku yg otai ni, akan membuat ketupat yg betul, jantan la kot.

akak aku dan bapak aku yg kurang otai, akan buat ketupat betina.

nak identify, senang je. ketupat betina macam orang pakai kain

3:43 PM  
Blogger asma' afifi said...

selambe memaklumkan kakaknye membuat ketupat betina...kakak pndai buat dua-dua...harap maklum

6:11 AM  
Blogger Martha Johnson said...

Well said,, keep sharing
Book online bus ticket from Redbus

3:42 AM  

Post a Comment

<< Home