Tarhim: Satu Budaya Unik yang Mengasyikkan
.يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ارْحَمْنَا
وَعَافِنَا وَعْفُ عَنَّا وَعَلَى طَاعَتِكَ وَشُكْرِكَ أَعِنَّا
" Ya Arhamar Rahimina rhamna"
"Wa afina wa'fu 'anna wa'ala to'atika wa syukrika a'inna"
Bacaan tarhim dimulakan dengan zikir ya Arhamar Rahimin, kemudian dimasukkan sedikit doa-doa. Ia akan diselangselikan dengan selawat dan puji-pujian terhadap Rasulullah s.a.w, keluarga baginda serta para sahabat. Para muazzin juga sering membaca ayat-ayat al-quran, kebanyakan nya boleh ditemui di dalam almathurat (kubra) diselang-selikan dengan bacaan doa dan selawat tadi.
Tambah enak, bilal yang diambil bekerja di masjid itu juga mempunyai suara yang merdu, menjadikan lagu tarhim tersebut lebih seronok didengar. Namun, mungkin antara kesan sampingan nya, ramai yang makin enak melelapkan mata mendengar dendangan merdu tersebut.
Saya sememangnya suka mendengar bacaan tarhim di waktu pagi. Entah, semacam ada satu kesayuan setiap kali mendengar bacaan tersebut. Saya mula perasan akan wujudnya tarhim ini ketika menuntut di Madrasah Idrisiah. Sekolah tersebut, yang terletak bertentangan dengan Masjid Ubudiah ( yang sering dicam orang ramai melalui kubah bawang berwarna keemasan nya), sememangnya akan diselubungi bacaan tarhim setiap pagi.
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Selalunya, Wak Kahar yang akan membacakan tarhim di kampung saya. Beliau juga lah muazzin yang paling konsisten yang saya boleh ingat di kampung saya. Entah kenapa, dalam keluarga saya, ayah saya beri gelaran Wiko Kahana kepada beliau, dan sejak itu, bila bercakap tentang beliau, kami sentiasa menyebut Wiko Kahana. Wak Kahar berjalan tempang, mungkin kerana kecelakaan motosikal ketika beliau masih muda.
Pagi tadi, saya sedikit tersentak mendengar bacaan tarhim di kampung saya. Bilal kini merupakan bilal yang baru, bilal yang lama, Wak Kahar, masih lagi bertugas. Bilal baru ini, saya kurang kenal, namun dia juga saya anggarkan berumur sekitar 50-an. Bacaan tarhim bilal baru ini, sedikit tidak kena. Meskipun suara beliau lebih sedap, bacaan beliau sedikit tersangkut-sangkut, dan banyak salah pula. Hairan juga saya bila memikirkan hal ini, memandangkan bilal baru ini sudah bertugas sekurang-kurangnya sejak 2 3 bulan yang lalu.
Saya sedikit kecewa. Nampak seolah-olah, sepanjang membacanya, pak bilal ini tidak pernah cuba membetulkan bacaan beliau, apa lagi menyelami maksud bacaan tarhim ini. Ia seolah-olah satu adat, yang adat semata-mata. Begitu juga apabila beliau melaungkan azan, tidak dinafikan suara yang merdu itu menggamit perhatian. Tetapi, dengan 'tajwid' dan sebutan yang sedikit lintang pukang (atau diubah suai untuk menjadikan lagu azan lebih sedap), saya kira azan yang dilaungkan sedikit sebanyak hilang atau lari makna.
Apa pun, saya tetap suka mendengar bacaan tarhim. Saya lebih gemar bacaan tarhim wak kahar & azan beliau, yang meskipun kurang sedap, tetapi sentiasa konsisten, dan tepat pada masanya. Moga Allah memberkati usaha Wak Kahar, dan Allah membantu bilal baru untuk memperbaiki kelemahan beliau.
P/s: Wak Kahar terus konsisten ke masjid, namun begitu beliau kini sentiasa solat duduk di belakang imam.
5 Comments:
o0o
yeke wiko kahana jln tempang
den xtau pn
tu ler
sape sruh den xg msjd
huhuhu
ooo.. tahrim ke name bende tuh...
mesjit uudiah nyer mmg bes r!
eh.. tarhim..
igt announcment msjd ubudiah yg
'dukacitanye dimaklumkan,polan bin polan,telah kembali ke rahmatullah..pd tarikh sekian2....alfatihah...dia nye intonasi tu same je..tp skrg dh tukar imam lain..dh xsma r.
tempang pun g masjid, yg x tmpg ???
Post a Comment
<< Home