نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Friday, June 19, 2009

Fatwa Syeikh Muhyiddin Yassin

Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin

19/06/2009 2:30pm


KUALA KRAI 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini. - Bernama

4 Comments:

Blogger ihsan_huhu said...

hahaha.. mmg politician

1:39 AM  
Blogger husna afifi said...

yes yes yes!
kita di jamin masuk syurga!
YES!

8:54 AM  
Blogger Syafiq Afifi said...

xsabar tgu ckup umur utk masuk syurga.

istiqamah jgn lupa

7:25 PM  
Blogger zacharias said...

Berapa umur masuk syurga? 21? hehe

UMNO berkapasiti untuk membangunkan negara. Jadi, boleh masuk syurga. Macam tu, george bush, toby blair, hatta kamal attaturk pun boleh jadi warga-warga diredhai Allah

5:45 PM  

Post a Comment

<< Home