Pemergian Tok Wan
Salam.
Semalam, ada program dan mesyuarat di Senawang. Balik dari Senawang, singgah di rumah Mak Mertua aku untuk kupas cempedak.
Aku dah nak balik PD lebih kurang jam 7pm, bila aku ambil telefon dan perasan 7 missed call, dan satu sms dari Syafiq yang berbunyi "Tokwan dah kembali ke rahmatullah petang tadi". Mesej dikirim pada jam 6.28pm. Terus aku forward sms kepada adik2 di luar negara, dan kawan-kawan, juga bos, pasal nak bagitau kena ambil emergency leave. Aku sampai rumah lebih kurang jam 10 malam.
Sepanjang perjalanan, fikiran aku dok pikir, sama ada Tok Wan syok atau sedih meninggal dunia. Mungkin dia gembira sebab dapat jumpa balik arwah Tok Yam yang dah meninggal hampir 20 tahun lalu. Tabah betul Tok Wan boleh hidup bujang sorang-sorang dalam tempoh yang sangat lah lama.
Malam tu, sempat juga lah aku switch on webcam, supaya Husna di UK dapat juga tengok wajah2 terakhir tokwan. Ihsan tak online, jadi tak dapat la nak tunjuk pada dia.
Malam tadi, aku separuh tidur, separuh jaga. Maklumlah, ayah aku dah kepenatan dan tidur dulu. Jam 1.30pg, aku bangun, dengan ayah, menyambut kedatangan sepupu beliau yang merupakan bekas imam masjid negara, dari KL. Selepas tahlil 1 round, terus dia bertolak balik ke KL, kerana antara kawan yang hadir tu, ada yang kena bertugas imam solat subuh di KL.
Terlelap sekali lagi sambil duduk. Ummi pula kejut, minta ambil Mak Andak di hentian bas Taman Sri Skudai.
Pagi tadi, alhamdulillah, pengebumian berjalan lancar. Aku tolong mandikan, kafankan, dan imamkan solat jenazah.
Pengkafanan pun OK, mudah. Rasa macam memang Allah bantu sangat-sangat proses pengurusan jenazah Tok Wan.
Selepas solat, kami masih menunggu ketibaan Pak Lang dari Kedah. Entah kenapa, bas yang dinaiki sangat lambat. Banyak berhenti.
Ketika menunggu tu, ada yang bertanya. "kenapa buat tahlil sambil berdiri lepas solat tadi. Tiada dalam sunnah. Kalau ikut sunnah, terus kebumikan".
Aku senyum sambil menjawab, lebih baik bertahlil dari masing-masing berborak sementara menunggu Pak Lang datang. Pakcik tu pun kata "OK la, ana tak tau yang enta masih tunggu orang. Tapi kalau tengah tunggu, baik tunggu dulu, baru solat".
Part tu pun saya rasa kurang setuju. Sebab bukan satu batch sahaja yang solat. Ada beberapa.
Kemudian, bila Pak Lang sampai, Pak Lang pun solat jenazah sekali lagi kepada Tok Wan. Kemudian jenazah pun dibawa keluar rumah, diselang seli bacaan alfatihah. Selepas tu, aku pun naik van jenazah ke kubur (yang terletak tak sampai 200m dari rumah). Hajat awal, nak pikul sahaja sampai ke kubur. Tapi, bila tengok balik adat orang sini yang akan baca alfatihah setiap 3 langkah, aku rasa, kalau tak naik van tadi, mahu 30minit baru sampai kubur.
Pengebumian berjalan lancar. Entah, aku rasa sungguh bertenaga pegang cangkul. Cuma sekali dua, aku berhenti, pass cangkul kat sepupu aku, dan Pak Lang, meraikan depa. Hujan turun gerimis sekali sekala.
Selesai kebumi dan talkin, kami semua pulang ke rumah, bermesyuarat membincangkan hutang dan harta Tok Wan yang ditinggalkan. Aku respect giler kat bapa aku yang tak complain langsung dan setuju 100% dengan pembahagian yang diwasiatkan tokwan, yang kalau dilihat secara superficial, memang tak berpihak pada beliau. Hatta, segala perbelanjaan menjaga tokwan sebelum ni pun, takde dia claim. Sikap beliau secara tak langsung berjaya membuatkan semua orang berpuas hati.
Respect, tabik. Aku selaku pengerusi mesyuarat (ala ala speaker DUN Perak, YB Bertenang YB..) pun mudah buat kerja. Aku bersyukur kerana meskipun Tok Wan meninggal jauh dari rumah di kedah, yang ditinggalkan tetap berbaik-baik dan bersatu padu. Tak macam dalam TV.
Bila aku baca tulisan adik aku, aku pun sedar, aku ni takde la banyak mana jasa pada Tok Wan. Selain pengalaman meng'fucking out'kan beliau, dan soalan2 yang kelakar bila kami bincang kat YM sekeluarga, memang aku rasa kitorang tak banyak contribution. Terutama aku. Tapi bila tgk mak aku yang sabar giler jaga tokwan, aku rasa respek gile. Sebab jaga pak mertua punya la sabar. Hatta, lebih sabar dari ayah aku sendiri. Aku doa isteri aku pun mampu jaga ayah aku macam tu satu hari nanti.
Aku rasa, itulah iktibar paling besar selama tok wan duduk dengan kami. Parents aku dah tunjukkan bahawa, itulah jasa yang boleh depa lakukan. Semoga kami sebagai anak2 akan ingat dan dapat buat yang sama bila mereka lanjut usia nanti.
Tok Wan duduk di JB pun, sekurang-kurangnya berjaya mengeratkan hubungan antara ayah aku dan tokwan. Walaupun ayah aku ni jenis control macho dan tak display emotion in public, aku tau dia sayang kat bapa dia. Sekurang-kurangnya, tokwan meninggal dunia dalam keadaan ayah aku dah sedikit sebanyak cuba sediakan yang terbaik untuk tokwan.
Wallahua'lam.
P/s: gambar tidak sempat diambil
4 Comments:
tuh r, dr smlm dok check blog ki/una/syafiq/akak utk info2 terkini, last2 ade gk
last part tuh mmg la sgt betul.. n diwarisi oleh syafiq (npk macho, gagah, penuh, tapi fuh...).
smlm esan blk kje lepas yg esan call tuh, dlm pkl 12am waktu sini, lebey2 kurg pkl 2 br tdo, nasib baik lecturer sakit arinih die kensel lecture 1-4.30, nih br abes tdo 2 jam kat comp lab.... Baca Seterusnya
tuh r sejak 1-2 mggu lps rs nk kol umah nk ckp ngn tokwan tp sbb esan mls nk kol n dok YM je ngn umi so dok tangguh je.
anyway, kte pon xpnh rapat ngn tokwan, sampai r die dok umah kte, so mmg cti 2 bulan summer yg bermakna.
so kosong la balik bilik tetamu tuh....
ps: cempedak xdek jumpe ag kat sini, nangke ade r.. aaaa
nangka tak se best cempedak ah. nangka angin lebih kuat, jadi kentut pun lebih aktif.
cempedak aktif gak, tapi lagi best, lagi manis. huhu
ad jual cempedak besar mcm laptop arga 33pound
ish...teringin nye
tp ms g winter garden aritu
ade pokok pisang byk
siap ade jantung
nak je pau
teringin nk mkn jantung pisang
aaaaaaa
innalillah wa inna ilaihi raji'un. Sama-sama ambil pengajaran, persiapan kita untuk ke sana, dan menghantar orang tua kita ke sana. Aku kena belajar lagi.
Post a Comment
<< Home