melayu dan kreativiti
assalamualaikum
tanggal tiga puluh satu
bulan lapan lima puluh tujuh
hai, hari kebangsaan lagi, terngiang-ngiang lagu dendangan sudirman ni kat telinga aku.
teringat aku hari kebangsaan tahun lalu. ketika itu, aku masih berada di malaysia, maklumlah, cuti musim panas..
orang selalu kata, bangsa melayu ni tidak kreatif.. tidak inovatif.. hmm, aku kurang setuju dengan pendapat melayu kurang kreatif.. cuma, mungkin melayu tidak meletakkan kreativiti di tempat yang betul..
cuba lihat kereta di malaysia. bukan main orang 'bikin'. dengan sayap lah, macam kereta nak jadi kapal terbang.. dari proton jadi satria. dari satria boleh jadi satria gti. padahal, asalnya template mitsubishi, yang mitsubishi pun tak buat jadi satria. camtu juga perdana, jadi v6, dan sekarang v6 ala sport lagi..
hmm, siapa masih ingat lagu tanya sama pokok? berapa ramai antara kita yang ingat lagu ini dengan lirik seperti: tanya sama pokok, atas ada beruk... berbanding lirik asal tanya sama pokok, apa sebab goyang.. hai, lagu ubahsuaian lebih popular dari lagu asal ketika di sekolah rendah dahulu.
lihat sahaja di luar sana, sebenarnya, banyak contoh kreativiti orang melayu. lihat sahajalah evolusi dalam industri dadah dan sebagainya. ada sahaja bahan baru yang dapat digunakan untuk menghilangkan kewarasan akal.
persoalan di sini adalah, bagaimana kita dapat menyalurkan kreativiti ke tempat yang betul? persoalan ini boleh dijawab oleh ramai pakar psikologi, yang saya bukan lah salah seorang daripada meraka. cuma, mungkin dengan meletakkan minat yang mendalam pada satu-satu perkara, seseorang mampu membina lagi kreativiti dalam bidang tersebut.
kalau minat pada lagu, maka lagulah yang diubahsuai. kalau minat pada kereta, maka keretalah yang dibikin. kalau minat pada komputer, komputer juga dihias rapi, dengan lampu dan kabel berwarna..
aduhai melayu.. aduhai bangsaku..
tanggal seluar dengan baju
bulan depan kita beli baru...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home