Perjuangan yang telah selesai
7:87 "And if there is a party among you who believes in the message with which I have been sent, and a party which does not believe, hold yourselves in patience until Allah doth decide between us: for He is the best to decide.
assalamualaikum
hari ini, peperiksaan subjek Environmental ThermalHydraulics. Pelajar dibenarkan membawa pulang kertas peperiksaan selepas selesai menduduki peperiksaan tersebut. Entah bagaimana, selesai bermain tenis bersama rakan sekelas, saya sempat melihat kembali kertas tersebut.
Entah macam mana, baru saya tersedar, yang saya telah tertinggal menjawab siri soalan-soalan yang mudah. Terbuang lah sekitar 10 markah (atau lebih). Sebaik sahaja saya perasan akan perkara ini, segera saya campakkan kertas itu jauh-jauh.
Sehingga sekarang, masih ada lagi sesal di hati, kerana tertinggal menjawab soalan-soalan tersebut. Saya juga telah membuat congakan markah bagi subjek-subjek lain menggunakan spreadsheet. Nampak gaya, harapan saya untuk mendapat 1st class overall telah pun terkubur.
Maka, entry ini lebih bersifat kepada penutup perjuangan saya di Bristol. Moga Allah memberikan saya kesabaran untuk mendepani hari-hari yang mendatang.
Wassalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh
1 Comments:
aaaaaaaaaaaaaaaa....
Post a Comment
<< Home