Diari TokWan 2
"Tok wan batuk darah sangat banyak. Habis baju dia kena darah. Kitorang on the way ke HSA."
Itulah yang kak asma bagitau aku. Terus aku hidupkan enjin kereta, balik JB. Aku sampai JB agak lewat malam tu. Sekitar jam 930 malam. Terasa sangat penat, dan dalam perjalanan tu, beberapa kali aku terlelap. Sekali terbabas ke tepi jalan, alhamdulillah tayar tak pecah ataupun kepala aku sendiri tak pecah.
Entahla, mungkin bagi yang tidak biasa, gambaran batuk darah ini seperti dalam movie, satu gambaran macho, hero batuk darah, lawan penjahat dan menang. Mungkin itu juga gambaran dalam kepala aku, tokwan sungguh hero.
Pagi sabtu, aku bangun solat subuh, dan usai solat, pulang ke rumah, baru la aku sedar the extent of batuk darah tokwan. Dimudahkan cerita, mulut tokwan penuh darah, baju penuh darah beku, warna hitam, seperti dalam filem seram, selepas vampire menghisap darah. Astaghfirullah, tiada yang 'macho' dengan batuk darah. Rasa nak menangis.
Tak tahu nak buat apa, kak Asma yang tough terus menguruskan Tokwan. Aku dulu bercita-cita nak jadi doktor, tapi aku sedar apa yang kurang pada diri aku. Aku terlalu bersimpati, dan tak sampai hati tengok orang sakit.
Selepas mandi kan dan wudhu' kan tokwan, kami tolong beliau solat subuh. Kemudian, selepas sedikit berbincang, kami sepakat membawa TokWan ke JSH, kerana Kak Asma akan ke Kursus. Kalau jadi apa-apa ketika ketiadaan Kak Asma, tak siapa tahu nak buat apa.
Tak sampai hati nak bagitau tokwan kita nak masukkan tokwan ke hospital. Tapi Kak Asma sungguh macho, bagitau tokwan dan tokwan tak melawan. Senyap sahaja.
Hari sabtu di hospital, saya dan ayah tinggal untuk selesaikan urusan kemasukan (admission) Tokwan.
Macam biasa, wudhu' kan tokwan, solatkan Tokwan. Petang tu, kami pulang ke rumah dan ambil barang tokwan. Malam datang balik, untuk tokwan solat maghrib dan isya'.
Hari Ahad, sebelum subuh lagi kami dah keluar rumah. Takut tokwan tak sempat solat subuh in-time. Kami berhenti solat subuh dalam perjalanan, dan sampai hospital sekitar jam 610 pagi. Sekali lagi, kami siapkan tokwan untuk solat subuh. Kemudian, tokwan tengok bicara mufti, kali ini Dato Noh Gadut, mufti johor. Bila tokwan terlelap, kami pulang ke rumah, breakfast dsb.
Tengah hari, ayah tunggu ummi balik dari melaka. Saya pergi ke hospital dulu. Kali ini hati saya sangat tersentuh. Saya bukan cucu yang rapat dengan atuk. Kami sekeluarga jarang pulang ke kampung. Bila duduk berdua begini, hati saya tersentuh.
Tokwan cerita tentang zaman jepun. Tokwan cerita bagaimana orang yang kurang ajar kena minum air dan pijak perut oleh jepun. Zaman jepun tiada sistem mahkamah. Tokwan pernah komen, menteri dan MP sekarang, tak pernah hidup zaman jepun, sebab tu mulut celupar dan kurang ajar. Saya bersetuju, baik BN mahupun PR, dua-dua celupar dan kurang adab (Bigfoot? Bastard?)
Tokwan cerita pasal King George bapa Queen Elizabeth II. Tokwan cerita tentang daulat Sultan Kedah. Tokwan kata, QEII tak boleh pakai mahkota, bila Sultan Abd Hamid pakai, baru la QEII boleh pakai mahkota tu. Wallahua'lam, saya tak rasa cerita tu betul, tapi cara tokwan cerita sangat menyentuh hati.
Tokwan tengok saya pakai baju hijau kuning, dan dia sangat bangga. Dia ingat pasukan kedah, dan tau kedah menang treble 2 seasons berturut2. Tokwan, tokwan. Sah orang kedah tetap suka bola.
Tokwan juga cerita, dia dulu belajar feqah dengan seorang ustaz. Dia suka pi mengaji. Tiba-tiba dia cakap "tokwan feqah tak berapa reti, tapi kalau elok nanti, tokwan nak qadha' solat. Rasa tak sempurna". Part ni aku rasa nak nangis, pasal aku rasa macam.. wallahua'lam.. (in fact aku nangis time tulis part nih)
Tiba-tiba, mak ngah dan pak ngah muncul. Tok Wan ingat, "Ini yusup nih, ini khatijah". Memori Tokwan masih baik, walaupun pergerakannya sudah lemah.
Entahlah, aku tak sampai hati nak balik PD. Tapi aku balik juga.
Hari ni, aku kerja, aku rasa aku tak boleh kerja. Rasa macam nak ambil cuti, balik rumah jaga Tokwan..
Seperti kata Tok Andak (adik Tokwan), "orang tua tu mungkin tak lama lagi dengan kita, kita usahalah supaya dia bahagia di hujung hayat dia"
Labels: Tokwan
4 Comments:
fuh.. byk nye darah.. igtkan sket2 je
hmm..
una ingatkan nak buat record xnangis langsung dok uk ni
tp kali ni dh ternangis lak
pecah rekod 2 beberapa hr xnangis
uwaaaa
rase nk blik skrg...huhuhu
sib baik una decide utk xjd doctor masa f5 sbb una xske bace buku BIOLogy....
mesti kakak pn xsedap ati kat kursus kan...hmmm...trima kasih byk kpd kakak,ki,ayah,umi sume....
aku doakan semuanya untuk baik-baik belaka..
bersambung ke diari tok wan 3...tunggu....lek2...insyallah dah start ok..mak nak dah datang...
Post a Comment
<< Home