نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Tuesday, August 18, 2009

Ekspo Di Ambang Ramadhan

Alhamdulillah, baru-baru ini, satu ekspo Di Ambang Ramadhan telah berjaya diadakan di Dataran Senawang. Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi, di bawah kendalian Exco Penerangan DPPN9, Saudara Husaini, dibantu rakan-rakan dari Jemaah Islah Malaysia (JIM), PASTI, Nisa' dan NGO-NGO lain. Wakil DPPTK sempat berkunjung ke Ekspo tersebut.

Pada malam pertama, sesi tayangan video air mata dan darah palestin telah diadakan. Memandangkan ia adalah slot pembuka, kehadiran sedikit mengecewakan. Pun begitu, video tersebut menceritakan penderitaan saudara-saudara islam di Palestin, dan sememangnya sangat menginsafkan.

Pada siang hari sabtu, pelbagai aktiviti diadakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Antaranya ialah khidmat guaman percuma. Malam kedua, sesi forum telah diadakan dengan dibarisi Panel yang berkaliber seperti Ust Khusyairi dan Ustazah Nik Nor Seha. Forum yang dipengerusikan Ustaz Khairul Anuar Wafa ini telah dibanjiri lebih 200 orang pengunjung. Selain membincangkan hikmah puasa, forum ini juga turut menyentuh isu umat seperti perpaduan dan sebagainya.

Panelis Forum Di Ambang Ramadhan

Audience Forum Di Ambang Ramadhan

Skrin Besar

Hari ketiga, ahad, program diisi dengan pertandingan untuk kanak-kanak, dan pertandingan explorace dan motosikal perlahan bagi orang dewasa. Sebelah malamnya, pengunjung disajikan dengan teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' arahan saudara Dinsman. Teater ini mengisahkan monolog yang dilalui Sahabat Nabi s.a.w iaitu Kaab bin Malik yang dipulaukan oleh umat Islam berikutan kelengahan beliau turut sama ke medan Tabuk. Watak Kaab yang dilakonkan Saudara Sabri Yunus, sememangnya berjaya dimainkan dengan baik, dengan iringan gesekan Biola saudara Sani Sudin (Kopratasa). Satu persembahan yang cukup baik.

Sabri Yunus & Sani Sudin


Monolog Kaab


Sekali lagi, tahniah kepada AJK kerja Ekspo Di Ambang Ramadhan. Semoga segala penat lelah kalian dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan.

P/s:

Kaab bin Malik merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Dia mempunyai kebun kurma, dan ketika turunnya arahan untuk muslimin keluar perang Tabuk, ramai yang berat hati untuk keluar memandangkan ketika itu musim panas dan musim kurma sedang masak.

Kaab berlengah untuk keluar ke Tabuk, kerana berasakan yang beliau mampu mengejar rombongan Rasulullah s.a.w. Ditaqdirkan Allah, peperangan tidak jadi berlaku kerana tentera Rom tidak datang, Rasulullah pulang ke Madinah lebih awal.

Ramai yang memberikan alasan kepada Rasulullah kerana tidak pergi berperang, melainkan 3 orang, termasuk Kaab bin Malik. Mereka ini terpaksa dipulaukan oleh semua umat Islam sehingga Allah memutuskan apakah hukuman terhadap mereka.


Selepas 50 hari, turunlah ayat quran menyatakan Allah telah menerima taubat mereka.

5 Comments:

Blogger Syafiq Afifi said...

kaab diampunkan ke x?

2:52 AM  
Anonymous zacharias said...

wei, baca la sampai habis.

Selepas 50 hari, turunlah ayat quran menyatakan Allah telah menerima taubat mereka.

4:06 AM  
Blogger ihsan_huhu said...

sabri yunus? xlawak ke?

7:44 AM  
Blogger husna afifi said...

ni prog PAS ea?

3:16 PM  
Anonymous zacharias said...

Ni program pusat Khidmat DUN paroi. DUN Paroi YB PAS.

Tapi tak letak la logo PAS. pastu JV dengan majlis agama islam. baru senang dapat approval

3:41 PM  

Post a Comment

<< Home