Menilai Mentaliti Puak Ultra UMNO
Beberapa ketika ini, aku sengaja pergi menyinggah blog-blog ultra UMNO. Antara beberapa perkara yang aku perasan:
1) Pantang dengar Al-Quran & Hadis: Bagi mereka ini, ayat al-quran dan hadis ini tak boleh guna untuk bicara. Pantang. Kalau guna, ibarat mubaligh kristian. Jadi simpan dalam rumah sahaja. Kalau diajak berhujah guna Al-Quran & hadis, memang mereka marah. Sebab tu mereka marah bila Cina DAP boleh quote ayat Al-Quran, walaupun tak sempurna. Mungkin bagi mereka, Al-Quran hanya pada tilawah sahaja. Dari cara bercakap pun, kita tahu tahap pengetahuan mereka bab Hadis SANGAT LEMAH. Ada yang mengatakan tak semua hadis melalui sahabat (kalau tak lalu sahabat, datang dari siapa?)
2) Tidak pandai berhujah menggunakan akal: Bila berhujah, mereka sangat emosional. Bila ada orang yang tidak bersetuju dengan pendapat mereka, akan keluar ayat seperti " Kau tak faham sebab kau bodoh". Tiada usaha untuk memahamkan.
3) Gemar melabel dan memberi nama: Pelbagai gelaran diberikan kepada pimpinan PAS, PKR & DAP. Nama yang diguna pula, astaghfirullah, sangat lah tidak menunjukkan ciri ketamadunan.
4) Bersangka Buruk: Andai ada yang berbeza pendapat, mereka akan bersangka buruk pada orang tersebut. Mereka ini akan dimarah dan dimaki. Jika yang berbeza tadi menunjukkan ciri-ciri cenderung pada UMNO, barulah mungkin boleh berbincang.
5) Melihat hidup ini terpisah dari ibadah: Mereka lihat, perjalanan hidup ini adalah satu kehidupan, dan ibadah pula dalam masjid. Ibadah terhad pada rutin baca quran, solat, zanji, selawat, sambutan maulidurrasul, baca yasin, dan aktiviti yang bersangkut paut.
6) Percaya UMNO jahat, tetapi bukan terjahat: Mereka tahu UMNO korup, makan duit rakyat dan sebagainya, tetapi tidak melihat perkara tersebut sebagai dosa besar.
7) Percaya PAS jual agama, dan paling jahat: PAS dianggap menggunakan islam untuk mendapatkan kuasa politik, dan ini dikira menjual agama.
8) Lemah pengetahuan sirah: Melihat cara mereka bersembang, pengetahuan mereka tentang sirah Nabi SANGAT LEMAH. Ini kembali kepada pengetahuan Al Quran dan hadis tadi.
9) Racist: Bersifat perkauman yang sangat ekstrim.
Ada banyak lagi yang boleh dicoretkan di sini. Cuma apa yang cuba disampaikan adalah perjalanan dakwah itu masih jauh.

2 Comments:
o 6 tuh mmg tepat. alasan diorg is "the better of the two evil"
apebende r
Ayat tipikal
No 2. "Hampehlah kau. Belajar tinggi-tinggi tapi tak faham."
Haih...
Post a Comment
<< Home