نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Friday, January 22, 2010

Life and death

Dua minggu lepas, in-laws aku ada menerima ahli baru keluarga. Pertambahan ini diharapkan dapat menambah lagi bilangan ahli secara eksponen, kuasa 2.

Sabtu lepas, sempat la aku pergi kenduri kahwin di PD. Sempat jumpa ayah, umi, adik beradik dan kawan2 yang tak berapa ramai, sebab ni kenduri kahwin abang ipar aku.

Hari selasa, aku nak jumpa mak mertua aku di seremban, tapi tiba2 mendapat tahu bapa mertua kawan aku dah meninggal, jadi aku pun tak pergi la ke seremban. Jadi, malam tu juga aku pergi la masjid lama teluk kemang, solat jenazah dan kebumi. First time aku pergi kebumi jenazah malam. Jarang orang buat.Malam yang sama, mak kepada pak mertua aku a.k.a wan khatijah dibawa balik ke seremban selepas sesi rawatan di hospital ampang dan HUKM kerana serangan strok.

Hari rabu, lepas kerja, aku ke Seremban, ada la benda2 nak bincang sikit dengan parent in laws aku. Malam tu, aku balik ke PD, walaupun mak mertua aku nasihat tidur di Seremban aje. Ada juga adik2 ipar aku (Muiz, Aishah, Aliya) dan cousin derang, Nida.

Pagi esok, lepas solat subuh, aku tengok ada sms dari isteri aku, Abg wan dah meninggal. Aku pun heran, abg wan mana pula. Wan saiful ke, wan mana nih. Sehingga la aku dapat mesej dari adik ipar aku Aishah, " Wan kahtijah telah pulang ke rahmatullah". Barulah aku faham, rupanya wan dah meninggal. Aku pun terus ke Seremban.

On the way, aku sempat call maryam. Macam2 versi la yang diceritakan. Sampai sahaja di seremban, aku duduk sekejap, dan tak berapa lama, terus ambil IC wan, dengan satu surat discharge HUKM bawa ke balai Polis. Surat tu tak perlu pun sebenarnya, cuma nak memudahkan proses, kalau polis tanya sakit apa.

Aku ajak juga adik2 ipar aku kalau nak ikut, nak belajar prosedur. Tapi memandangkan masing2 ada hal masing2, aku pun pergi la ke balai polis paroi. Aku pun tak ingat kat mana, jadi berhenti tepi jalan tanya sorang akak ni. Dia pun tunjukkan arah dengan jelas, dalam accent Nogori. cakap minang la.

Aku pergi balai polis, ada sorang anggota polis bertudung dan cun tengah jaga kaunter. Aku pun buat la laporan kematian. Aku bagi la IC wan, dan lepas tu dia tanya la aku beberapa perkara, termasuk la nombor telefon aku. Dia tanya aku, nenek ni meniggal sakit apa, aku jawab la susah bernafas ke asphyxiation, tapi dia cakap dia tulis sakit tua sajalah. Dia tanya kalau nenek ni bekerja, mana la tau kaya raya jadi ada motif jenayah. Aku cakap takde apa. Dia tanya hubungan aku dengan si mati, dan aku kata "yang meninggal ni nenek kepada isteri saya". Jadi mula-mula dia nak tulis nenek mertua, tapi lepas tu dia nak tulis cucu menantu, tapi bos dia tegur, jadi dia tulis cucu sahaja.

Lepas tu, aku pun balik dengan dapat surat daftar kematian, bersama dengan permit menguburkan jenazah. Memandangkan banyak benda tak setel lagi aku pun keluar balik, cari kedai fotostat nak buat salinan surat2 tu. Tapi pagi buta, mana ada kedai buka. Ada satu kedai tu, aku pergi pasal dia tulis signboard besar2 PHOTOSTAT tapi tak ada mesin. Bodoh, kalau tak ada, buang la singboard tu. Lepas tu aku pergi fotostat kat 7Eleven. Mahal, tapi apakan daya.

Aku balik ke rumah, dah ramai orang. Cik Su dah call on speakerphone, baca surah yasin nangis2. Tak lama kemudian, datanglah team orang mandikan jenazah. Aku rasa lama betul depa mandikan. Time aku mandikan tokwan dulu, kejap je.

Lepas tu, depa kafankan dan solatkan jenazah. Plan asal, aku ingat nak sampai takat tu aje, pasal aku ada meeting kat PD. Tapi tengok2, tak ada orang nak naik van jenazah. Aku tanya pakcik van tu, Hj Shafie, kalau pergi hari ni, balik bila? Dia cakap, sampai sana, rehat satu jam, terus balik. So, aku pun setuju, naik van jenazah ke dungun.. kami bertolak jam 12 tengah hari...

To be continued (episod pengalaman van jenazah)

3 Comments:

Anonymous maryam said...

suami soleh juga menantu soleh dan cucu menantu soleh...


terima kasih abang,

4:42 AM  
Blogger husna afifi said...

juga ade adik yg soleh n solehah serta berani...akkaakakaka

5:24 AM  
Anonymous sk said...

kawan yang soleh.

5:03 AM  

Post a Comment

<< Home