نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Saturday, May 29, 2010

Thumbs Up MSM for being Rational

Sedutan surat terbuka saya buat MSM UK berkaitan kes pelajar yang disebut pada entry sebelumnya:

assalamualaikum,
saya harap email ini sampai ke pihak MSM dan dibaca dengan 'the right spirit'. Ini sahaja alamat MSM yang saya jumpa di internet.
Alhamdulillah, anak beliau semakin sihat, dan semoga Allah memberi kekuatan buat mereka sekeluarga.
Namun begitu, saya terbaca bahagian ini

"In Czech, all pregnant women must have a pregnancy insurance cover which would entitle them to care and treatment in the hospital."

Satu perkara yang saya risaukan, berapa mahalkah insurans tersebut? Tiadakah cara untuk sahabat-sahabat membantu? Siapakah yang memberi nasihat untuk tidak membeli insurans? 6 bulan di Czech, dan 3 bulan di Malaysia. Bagaimanakah sepasang parents boleh membuat keputusan begitu? Why opt not to buy insurance? Tak bolehkah pinjam2 duit orang, jemaah dsb?
Jangan sebut bab tak berbaloi untuk beli insurans, kerana it is not our lives we are talking about.
Saya bukan menyalahkan sesiapa. Namun, pada saya MSM selaku organisasi (assuming student ni ahli MSM) mungkin boleh tingkatkan khidmat. Dalam kita sibuk menggalakkan students berkahwin untuk elak maksiat, adakah students tersebut matang, untuk membuat keputusan? Bagaimana peranan naqib? adakah setakat dalam usrah? Atau naqib sendiri belum berkahwin, dan tidak mampu memberi nasihat yang relevan. Adakah students bersedia dengan hidup selepas kahwin, dari segi fizikal, dan mental. begitu juga dengan persediaan untuk menyambut kelahiran anak dan sebagainya?
Persoalan ini, harus dilihat oleh organisasi MSM. Isu ini secara tak langsung, menjejaskan imej kumpulan-kumpulan islam. Orang bercakap "derang ni pandai kawinkan orang saja, bab lepas kawin tu tak diajar". Secara tak langsung ia jadi fitnah pada jemaah.
Sekali lagi, saya harap, email ini dapat dilihat dari sudut yang objektif. Tiadalah saya berkata, melainkan mengharapkan yang terbaik buat si anak, ibu ayah, jemaah, dan Islam.
Semoga pihak tarbiyah dan pimpinan MSM dapat sama-sama renungkan. InsyaAllah, kita sama-sama bantu sahabat kita, dan doakan yang terbaik.
Wassalam
Zaki

Jawapan dari Pihak MSM:

Assalamualaikum wrt Saudara Zaki,

pertama2nya jazakumullahu khairan katheera atas emel saudara berkenaan perkara ini.
amat terpampar keprihatinan saudara kepada saudara keyo sekeluarga atas ujian yang menimpanya.
insyaAllah kami akan membawa perkara ini utk diambil perhatian oleh pihak pengurusan MSM.

kami mendoakan semoga lebih ramai orang seperti saudara yang mampu untuk menegur secara terbuka dan ikhlas. teguran saudara amat bermakna buat kami di pihak MSM.

semoga Allah membalas saudara dengan ganjaran yang terbaik.
wassalam wrt wbt.

Majlis Syura Muslimun NorthWest

Thumbs Up MSM for being able to rationalise my points, and consider new modules being formulated, especially for married couples.

Something to be considered by Hizbi, ISMA, Kelab UMNO etc.

2 Comments:

Blogger ihsan_huhu said...

eh boleh tukar silibus ke? xbid'ah ke?

keskeskes

8:34 AM  
Anonymous Anonymous said...

wassalam..saya baru perasan bahawa ada entry berkaitan dengan kami di sini..insyaAllah ada beberapa perkara yg ingin kami jelaskan:

1- perkahwinan kami ini bukanlah MSM yang uruskan.. so bukan mereka yang harus dipersoalkan dalam hal ini..mereka hanya membantu meringankan beban..

2-ye..insurans sangat mahal utk pregnancy cover..around 2000pound.. dan jika diikutkan due, bayi kami sepatutnya lahir bulan 8.. bulan 6 isteri saya sepatutnya dah balik ke malaysia..dan benda ini mmg unexpected..26 minggu..masih ada 14 minggu more to go.. kami hanya merancang,Dia yang menentukan..

3-kami adalah jenis manusia yang tidak suka susahkan orang lain..sebab tu bukan mudah utk kami pinjam duit org tak tentu hala..jika kami blh cuba save,kami cuba..dan sekali lagi,Dia yang menentukan segala-galanya..

rasanya setakat itu sahaja..harap membantu mengclearkan pandangan ana

10:12 PM  

Post a Comment

<< Home