نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Wednesday, September 21, 2005

Dato' Seri Harussani Zakaria

assalamualaikum

'ala dato' harussani.. semua benda HARUS'.

terbaca satu artikel berkenaan kunjungan muhibbah pesuruhjaya pas perak bertemu mufti perak sahibul samahah dato' seri harussani zakaria.

hmm.. tak banyak yang saya ingin katakan di sini.. cuma dato' mufti ini merupakan salah seorang yang sangat saya kagumi. ketika baru menuntut di madrasah idrisiah, ketika baru mengenal islam.. dato' mufti sering datang ke kuala kangsar. ada kuliah bulanan, ada kenduri doa selamat di raja.. dan tak kurang aktiviti rasmi sekolah yang mengundang kehadiran beliau.

beliau merupakan bekas pelajar madrasah idrisiah.. dan sehingga hari ini, beliau tanpa segan silu akan memakai kain sampin rasmi sekolah apabila hadir untuk aktiviti rasmi. beberapa tahun yang lalu, beliau merupakan pengerusi persatuan bekas pelajar. saya sendiri tidak pasti sama ada beliau masih lagi memegang jawatan tersebut.

ketika saya berada di tingkatan satu.. sememangnya saya sangat excited kiranya dapat bertemu beliau, atau hadir ke kuliah beliau. seperti kebanyakan ulama' besar.. kita akan dapat berasa satu ketenangan apabila dapat hadir dan duduk dalam majlis ilmu bersama beliau dan melihat wajah beliau..

setiap kali majlis ihtifal, kami akan menanti kehadiran beliau, lebih dari orang lain seperti pegawai daerah, wakil rakyat etc.. cuma yang menyedihkan, saya merupakan calon penerima anugerah kecemerlangan setiap tahun.. dengan sebab itu, saya akan sentiasa terlepas mendengar kata-kata aluan pengerusi bekas pelajar yang sememangnya dinantikan hadirin, memandangkan para penerima hadiah diletakkan dalam satu bilik asing bersedia menanti nama mereka dipanggil. dan komen hadirin setiap tahun.. 'he always steals the show'.

namun begitu.. ada juga suara sumbang dan jenaka yang dibuat mereka yang tidak kenal harga ulama' di akhir zaman.. pernah saya terdengar kata-kata seperti, 'ala dato' harussani.. semua benda HARUS'.

semakin saya membesar, semakin banyak saya lihat. sememangnya dato' mufti perak antara orang yang paling tegas dalam menentang kemungkaran. seringkali beliau berdiri menentang pendirian kerajaan malaysia dalam menentang kemungkaran. lihat saja isu konsert sureheboh, isu jarum percuma dan sebagainya.. yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas..

baru-baru ini, saya hadir ke majlis ihtifal yang dihadiri datuk mufti, raja muda, dan menteri besar perak. kali ini, beliau tidak diberikan slot ceramah.. saya serta para hadirin sedikit kecewa.. alahai.. penat datang jauh2. namun begitu, sempat saya kali ini bersalam dengan dato' mufti serta dif kehormat yang lain.

sememangnya saya sangat kagum pada dato' harussani, dan juga sistem tarbiyah madrasah idrisiah satu masa lalu.. semoga lebih banyak lagi tokoh dapat dilahirkan sekolah tersebut pada masa akan datang...

dan kini saya sedar.. pada dato' harussani.. tidak semua benda harus.. bahkan yang haram tetap haram, walaupun cuba diHARUSkan kerajaan UMNO/ BARISAN NASIONAL

0 Comments:

Post a Comment

<< Home