نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Thursday, October 27, 2005

KASIH SEORANG IBU

assalamualaikum...

balik dari kerja, penat, lapar, malas...

eh, ada parcel untuk aku kat porter's lodge. "Dave, can you pass me my parcel please... thank you".

bumm, pintu koridor tertutup sendiri.. wah kuat jugak gema kat koridor ni. camner la orang yang duduk bebetul sebelah pintu ni..

masuk dalam bilik, koyak wrapper.. kotak..

dari sape ye parcel ni.. hmm.. mak aku rupanya.. ala mak aku ni, lecehla, asyik bagi barang aje. yang ada tu pun dah berlambak. sape nak goreng keropok dulu tu. malas tul..

perut berbunyi lagi.. lapar.. penat.. nak masak pun tak larat..

letak kotak kat tepi, check email.. check news etc..

perut berbunyi lagi.. lapar.. penat..

ya Allah, aku betul tak larat nak masak. tiba-tiba terpandang kotak tadi.

rempah kari semua ni, aku nak buat apa. bukan boleh makan terus pun.

assumption.. kotak masih tertutup rapat.

cuba dengar radio dan baca benda lain di internet, agar rasa ngantuk dan dapat tidur.

perut berbunyi lagi.. lapar..

tiba-tiba terpandang kotak tadi. potong tali, terbuka..

ada rempah kari, ada rempah kurma, ada soup...

dan ada nestum instance.. tapi kena tambah air..

perut berbunyi lagi..

tak boleh jadi ni, kena makan juga

telan aje la nestum instance ni, esok pagi bangun breakfast..

terima kasih ummi..

** itulah mak aku.. selalu muncul sebagai 'penyelamat' time aku sangat desperate.. sampai dah kat UK pun, Allah taqdirkan aku rely pada mak lagi..

1 Comments:

Blogger Askinstoo said...

Nice Blog!!!   I thought I'd tell you about a site that will let give you places where
you can make extra cash! I made over $800 last month. Not bad for not doing much. Just put in your
zip code and up will pop up a list of places that are available. I live in a small area and found quite
a few. MAKE MONEY NOW

4:14 AM  

Post a Comment

<< Home