akhbar mahasiswa: api perjuangan?
salams,
beberapa minggu lalu, saya ada menerima satu sampul surat besar, kiriman seorang individu yang tidak mahu dirinya dikenali. ia dihantar dari satu destinasi di United Kingdom.
nampaknya, seseorang telah menghantar akhbar mahasiswa: api perjuangan kepada saya. alahai, nampak di luarnya seolah-olah akhbar ala harakah atau yang seperjuangan dengannya. terasa malas tangan ni nak ambil dan baca.. kalau setakat baca spekulasi, sampai kiamat pun tak habis.
bermula dengan isu PTPTN, isu zionis dan sebagainya.. kemudian mula melangkah ke arah agenda pro-aspirasi.. dan di tengah-tengah wujud artikel siswi murung tidak punya boyfriend. alahai, adakah ini yang cuba diperjuangkan MAHAsiswa/siswi melayu? memalukan... sangat memalukan..
penulisan lebih rendah kualiti dari akhbar tabloid, taraf intelektual yang setaraf pemikiran sekolah menengah, jika tidak sekolah rendah.. kesilapan ejaan mahupun tatabahasa.. alahai, sangat memalukan..
secara jujur, saya berasa sangat malu apabila membaca akhbar tersebut. sama ada mentaliti mahasiswa kita sememangnya rendah, atau cuba direndah-rendahkan oleh sesetengah pihak melalui medium propaganda dan brainwashing (termasuk BTN). cukuplah dengan berfikir soal pacar dan wang, tak perlu pergi ke soal islam, agama, falsafah, politik, sastera, sains atau apa jua bidang yang dapat mengembangkan pemikiran mereka.
saya ada membawa akhbar tersebut kepada seorang kawan perempuan, yang tidak bertudung dan kemungkinan besar pro-UMNO. beliau sendiri turut menggelakkan dan mengkritik akhbar tersebut sedahsyat-dahsyatnya.
kalau nak menerbitkan penulisan dalam akhbar, biar secara professional. tak perlu sekadar bergantung pada publisiti murahan. jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
alahai mahasiswa bangsaku...
BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT ALANG KEPALANG

0 Comments:
Post a Comment
<< Home