Gempa Bumi Di Jogjakarta Indonesia
assalamualaikum
hari ini terbaca berita di BBC News berkaitan gempa bumi di Jogjakarta, Indonesia.
Untuk makluman semua, terdapat ramai pelajar malaysia yang menuntut di Jogjakarta, terutamanya dalam bidang perubatan.
Saya sendiri pernah ke Jogja beberapa tahun yang lalu, dan ia sememangnya satu pengalaman yang indah dan menarik. Lebih menarik dari pengalaman saya ke Langkawi pada masa yang lain.
Setakat ini, seramai 2,700 orang telah disahkan maut dalam gempa bumi yang mencecah 6.2 skala richter.
Ketika BBC, media negara britain sibuk membuat liputan berkaitan tragedi ini, akhbar online malaysia masih bercanda dan berpoya-poya. Ketika ini, bahagian luar negara utusan online tidak menyiarkan langsung berita ini. Tidak juga di bawah bahagian terkini. Cukup menyedihkan. Teringat ketika peristiwa kematian isteri Pak Lah tempoh hari, bukan main terkini dan update akhbar kita. Adakah nyawa 2,700 orang tiada nilai berbanding nyawa seorang wanita?
Bandingkan ini dengan akhbar bahasa inggeris (the star) yang telah siap menyiarkan artikel, dan respon pimpinan negara terhadap situasi di indonesia.
Lebih menyedihkan, jika kita lihat ruang luar negara, utusan masih sibuk membincangkan soal kahwin cerai britney spears. Sukan pula, kisah Wayne Rooney sama ada beliau akan ke Germany. Lihatlah, betapa tidak humanistik nya akhbar kita. Di manakah peri kemanusiaan?
Akhbar mencerminkan masyarakat. Adakah Masyarakat melayu Masyarakat hedonistik dan tidak humanistik? Adakah ini gambaran sikap pembaca utusan, yang kebanyakannya melayu, berbanding dengan the star?
Kakak saya seorang pelajar perubatan tahun akhir di Jogja. Beliau telah lulus perubatan, cuma sedang menghabiskan tempoh klinikal. Beliau akan tamat klinikal insyaAllah bulan ogos ini.
Berikut adalah SMS yang diterima dari Ummi:
'Pagi tadi bumbung rumah terbang. Petang ni dia dah keluar, insyaAllah dapat tempat berlindung'
'Kakak ada di hospital tolong rescue, hospital pun punah. Dia habis syif pukul 9, InsyaAllah dia ke solo untuk evacuation malam ni. Doakan ye'
Bersama-samalah kita berdoa.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home