نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Monday, June 05, 2006

Tolong orang susah...

assalamualaikum

mungkin ramai yang salah faham dengan email saya baru-baru ini.

1) saya sememangnya tidak gemar sikap pelajar yang tidak proaktif

2) dalam email tersebut, saya ada bertanya akan sebab kenapa usaha tersebut tidak dilaksanakan. jawapan yang diberi adalah peperiksaan. sebagai seorang 'rakyat', saya tiada sebab untuk menolak atau menerima. cuma, tak perlulah jawab kepada saya, kerana anda hanya perlu jawab kepada Allah di padang mahsyar kelak.

3) dalam sibuk exam, WMFirdaus ada juga usaha dia. persatuan-persatuan pelajar MALAYSIA lain ada juga usaha mereka. MSM pun ada usaha. dan mereka ni semua pelajar juga.

4) saya tidak menolak peperiksaan mungkin salah satu sebab. tetapi saya lebih cenderung untuk berpendapat, ia adalah satu masalah sikap di kalangan ramai pelajar melayu. macam tukul dengan paku. selagi tak ketuk, tak berjalan.

5) seperti yang pernah saya coretkan dahulu, pimpinan itu bukan satu keistimewaan, tetapi satu bebanan. sebagai pemimpin, anda perlulah bersedia mendengar celoteh, komplen dan apa apa lagi, dari ahli pelbagai ragam. tanggungjawab memimpin ini berat, ibarat sebelah kaki dalam neraka, sebelah dalam syurga.


renungkan...
berapa kali syurga mengetuk pintu rumah,
tetapi jawapan yang diberi,
nantilah.. lain kali.. sebentar lagi...

wassalamualaikum

ahmad zaki
5 jun 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home