نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Wednesday, August 02, 2006

EDISI UMAT MELAYU OVERSEAS

Alhamdulillah, saya telah selamat kembali ke tanah air. Penerbangan selama 12 jam London-Kuala Lumpur sungguh sangat menyakitkan kepala. Tidak boleh tidur, tidak juga cergas untuk berjaga.

4 tahun saya tinggal di Bristol, dan saya berasa sedikit kasihan melihat umat melayu di sana, atau mungkin juga di UK secara amnya.

senario 1
Orang barat kencing berdiri, orang islam kencing duduk. Orang melayu kencing di tandas cangkung. Bila datang ke UK berasa canggung hendak kencing duduk di tandas duduk. Terasa ingin berdiri sahaja, terlupa pula sunnah nabi s.a.w. Malangnya, orang barat, sebelum kencing, sentiasa beringat untuk mengangkat alas duduk. Orang melayu yang sesat budaya kencing ala barat, cuma lupa untuk mengangkat alas duduk. Ialah, kita mana pernah punya alas duduk bagi tandas cangkung.

Maka lihatlah rumah-rumah melayu, habis kekuningan alas duduk tandas rumah..

senario 2
Orang arab punya masjid sendiri. Orang pakistan punya masjid sendiri. Masing-masing tidak mahu mengalah. Yang arab berpuasa dan berhari raya mengikut masjid arab saudi. Yang pakistan pula mengikut masjid di benua kecil India. Timbul pula umat melayu. Seringkali mengikut-ikut tiupan angin.

Bagaimana dengan umat melayu? Ada yang berfatwa kita harus mengikut malaysia. Ada pula yang menyarankan agar diikut malaysia hall/msd london. Mereka ikut siapa pula? Selalunya, seringkali umat melayu kelihatan mempermudah-mudahkan agama. Akhirnya, berpuasa selalu sehari lewat, berhari raya pula sehari awal. Aduh, pening kepala.

- Pengalaman mendewasakan -

14 Comments:

Blogger ihsan_huhu said...

tu la pasal..mungkin pusat2 persediaan spt kmb, kmys, kdu, sunway, taylors n yg sewaktu dengannye perlu mewujudkan subjek "cara2 menggunakan tandas duduk serta kemahiran2 yg berkaitan"
sungguh memalukan dan mendatangkan fitnah..

11:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

aku rasa cara kencing diri n duduk tu bergantung kat org tu gak, kalo parents tak ngajo dari kecik kencing duduk, dah lama diri je. toksah ke overseas, kat malaysia pun banyak. aku tak rasa org melayu kita tukar cara kencing lepas tgk matsaleh kencing diri. tu tgk pada habit die kencing.....kalo dah biasa diri, diri gak, kalo duduk, alhamdulillah duduk....tapi anyway, sentiasa ada masa nak mendidik ikut sunnah.

ada timbul satu issue kat kadif ni baru2 ni yg melayu nak tubuh satu mesjid melayu. aku tak stuju. buat pe laaa nak tubuh mesjid melayu. macam laa kalo dah tubuh tu akan ramai melayu datang mesjid. cukup la dengan mesjid pakistan, bangla shika protistan (huhu....abg zaki, ring any bell?), darul isra', al-manar etc..... yg rajin ke mesjid tu rajin jugak, yg malas tu malas jugak.....sekali lagi, sentiasa ada masa utk trus mengajak gi solat kat mesjid. tapi buat pe nak tubuh mesjid nak isolate ourselves from the bigger muslim community?! dah ada platform Malaysian Soc n Cardiff keluarga, pakai je la......haih...

ghareeb

2:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

kat kmys jamban duduk.....kecuali kat musolla kmys je jamban cangkung...hehe. Kat kmys juge, semua tempat ada air cond, dari dewan makan samapi ke kelas....yang takder air cond hanyalah jamban dan musolla..hehe

12:52 PM  
Blogger ihsan_huhu said...

kat kmb surau antare kawasan2 exklusif yg ber ekon...

3:05 PM  
Anonymous Anonymous said...

surau kmb la tempat paling layan kalo nak tido lpas abes klas, lpas solat zohor..

panas terik diluar, pekene ekon....fuh..kene plak bila dah letih n otak tepu blaja....uhuk~

4:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

kmb dulu, hanya surau aje ade aircond. duit air cond tu, adalah contribution wang.. ape dia panggil aa bahasa melayu? cam caution money tuh.. wang tu lah. budak2 batch tazli.. derang tak claim pun, kmb guna, utk pasang aircond kat surau. banyak pahala derang..

yang jamban tu, point aku adalah.. orang putih kencing berdiri.. tapi derang angkat toilet seat.. derang ada ethics in the toilet.. kalau rumah ada perempuan, seat kena tinggal kat bawah. takleh angkat dan bla. nak kencing, angkat, letak balik..

orang melayu, tak kira.. kencing bediri ikut suka hati. dah lupa ethics yang nabi ajar.. juga lupa ethics orang putih.. jadilah kita bangsa yang duduk di atas air kencing sendiri bila nak berak...

8:16 PM  
Blogger ihsan_huhu said...

tuh, nk meniru omputih tp xbelaja dlu.. last2 terpakse mengelap kencing sendiri..

2:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

jom, pakat ngajo membe2, ajak kencing duduk.

4:03 AM  
Blogger ihsan_huhu said...

kencing duduk dan bukan cangkung..

3:48 PM  
Anonymous Anonymous said...

duduk kat jamban duduk, cangkung di jamban cangkung.

plus, cleanliness yg lain pun perlu jaga jugak. matsaleh, men kesat2 gune tisu paper, tapi generally, tandas diorg agak bersih daripada tandas Muslims in general. Aku pun sanggup keje cuci jamban pagi2 kat sini (dapat GBP5.05 per hour), sebab jamban diorg bersih.

kalo sesetengah masjid kat sini, masuk bilik air je, ada bau sikit, walaupun nampak cam ok. tandas kat surau KMB best! bersih! bgs bgs.....camni la.

4:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

kata saidina umar: kita dari qaum yang dimuliakan oleh islam... jika kita tinggalkan islam, Allah akan hina kita..

maka bila kita tinggal sunnah, hinalah kita, menjadi kaum yg duduk di atas najis/kencing sendiri..

6:26 PM  
Blogger ihsan_huhu said...

tandas surau KMB bersih pebende... tandas pompuan pon xbersih mane...

2:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

AZAD pro KMB...collegist btol hehe

5:13 PM  
Blogger sufaat said...

huhu itu lah dia. mak ayah ajar elok-elok, alih-alih kita ikut mat saleh jugak. itu baru sikit, belum campur kain basahan ke apa. lagi lah. ok bro selamat berjuang di malaysia.

7:02 AM  

Post a Comment

<< Home