نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Tuesday, October 30, 2007

Corporal Punishment in Religious Institution

Read Original Text here
--------------------------------------------------------

It is no more a shock to us listening to the stories how pupils from a religious (read: islam) school were beaten up. Couple of years ago, the country was shocked when Muhammad Farid Ibrahim from Sekolah Menengah Agama Dato’ Kelana Petra Ma’amor was beaten to death by eight form five pupils. Recently, several pupils had to sleep on the railtrack to escape being physically abused by the seniors, which ended up with two being crashed by the oncoming train.

The main question here is why there is such disease in the religious institution? What has gone wrong to the system?

Being a product of a religious institution, I can simply conclude that the whole incident was because of the ‘end justifies mean’ concept, simply being practiced in the schools.

I myself joined an SMKA in Johore state for my form four education, coming from a more traditional Islamic school. In my first week, there’s an incident that I’d never forget.

I fell asleep during the Yasin recitation session, and because of that, I was physically punished by a form five pupil. I was kicked to an extent that it broke the window pane on which I was standing in front of. I was not the only one punished. The others simply take the punishment and remained quiet. Redha kind of attitude. I wanted to react, but was calmed down by another senior.

How can these people have the submission? This is because they were taught and brainwashed to accept those punishment as an act to discipline them, more so when these were done for the religious benefit.

There were stories of how a group of form five pupils beat a lower form kid to pulp, simply because he smoked one cigarette. They justified that smoking is religiously forbidden; therefore any punishment is OK to stop it.

I also gathered stories from other religious school. How kids were tortured, simply for waking up late and missing the subuh congregation. The excuse was ‘this pain is less than that in the hereafter’. And one will definitely find marks, swelling and bruises one the pupils’ bodies, after the constant beating up and other punishment for something as trivial as not responding to the senior’s call, or not calling them Abang. In fact, anything that gives rise to dissatisfaction, can be considered as disrespectful act, hence a justification for the corporal punishment.

Again, I agree that Islam teaches us not to smoke, to respect the elders, to pray on time, and to read the quran. But where does the justification for the punishment comes from? End does not justify means, sadly that is not the concept being practiced. When I was in the more traditional school, this was never a problem.

Having given all the examples and collection of experiences, I urge the Parent-Teacher Association to start probing into the matter. Talk to the children, and listen to them, so that they share their experience. Usually, it is not only the bad guys who are the culprit. The warden and the so-called prefects also show the bad examples.

I also hope the government to look deeply into the matters. If this situation is not corrected, I would not be surprised if the government schools give birth to the new breed of terrorist, out of the government own backyard.

Regards

Zacharias
-------------------------------------------------------------

Kejadian pelajar sekolah agama (read: islam) membelasah pelajar yang lebih muda bukanlah suatu yang asing lagi. Beberapa tahun yang lalu, negara dikejutkan dengan berita kematian Muhammad Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Dato' Kelana Petra Ma'amor akibat dipukul lapan orang pelajar senior. Baru-baru ini, beberapa orang pelajar terpaksa melarikan diri, dan tidur di landasan keretapi bagi mengelakkan dipukul senior, yang berakhir dengan kematian 2 orang daripada mereka akibat digilis keretapi.

Persoalan utama di sini adalah mengapa wabak ini sangat berleluasa di institusi pengajian agama? Apakah yang telah salah dengan sistem ini?

Saya sendiri merupakan produk sekolah agama, dan saya berpendapat semua insiden ini adalah disebabkan sikap pelajar sekolah agama yang berpegang kepada konsep 'matlamat menghalalkan cara'.

Saya sendiri telah menuntut di sebuah SMKA di negeri Johor, bermula dari tingkatan empat. Sebelum itu, saya menuntut dia sebuah sekolah agama rakyat bersifat lebih tradisional.

Dalam minggu yang pertama, saya telah tertidur ketika sesi bacaan yasin malam jumaat. Mereka yang tidur dikumpulkan di satu bahagian surau, dan ditumbuk oleh seorang pelajar AJK biro dakwah tingkatan lima. Saya telah disepak hinggakan tingkap yang berada di belakang saya pecah berkecai. Pelajar yang lain hanya duduk diam, dan saya telah ditenangkan oleh seorang pelajar tingkatan lima yang lain.

Bagaimakah mereka semua dapat bertenang melihat kejadian tersebut? Ini disebabkan mereka ditanamkan dengan kepercayaan ini semua adalah untuk kebaikan agama.

Ada juga kisah bagaimana pelajar tingkatan lebih rendah dipukul dengan teruk, hanya kerana dia ditangkap menghisap rokok. Mereka mengambil pendapat merokok itu haram, maka dengan itu, apa sahaja hukuman adalah berpatutan dengan perbuatan haram tersebut.

Saya juga sempat mengumpul cerita dari sekolah-sekolah agama yang lain. Bagaimana pelajar didenda dengan teruk hingga tidak mampu berjalan, hanya kerana bangun lambat dan tidak sempat berjemaah subuh. Alasan yang diberikan adalah 'denda ini adalah sangat ringan jika dibandingkan dengan azab akhirat'. Kesan lebam dan bengkak adalah sesuatu yang sangat sering ditemui, dan kadang-kadang pelajar dipukul hanya disebabkan perkara-perkara remeh seperti tidak menjawab panggilan senior. Apa sahaja tindakan yang tidak memuaskan hati, dianggap sebagai tidak menghormati senior, dan menyebabkan pelajar dipukul.

Saya bersetuju, islam menyuruh kita tidak membazir wang dengan merokok, hormat orang tua, rajin membaca Quran dan solat pada waktunya. Tetapi, manakah hujah quran atau hadis yang membenarkan hukuman-hukuman teruk sebegini? Matlamat sekali-kali tidak menghalalkan cara.

Saya harap agar pihak Persatuan IbuBapa dan Guru dapat memberi lebih perhatian kepada para pelajar. Cuba dengarkan dan hadamkan apa yang cuba dikatakan. Selalunya, bukan pelajar yang jahat sahaja, malah pengawas dan warden juga kerap melakukan denda-denda bersifat fizikal sebegini.

Saya juga berharap agar pihak Kerajaan dapat memantau sekolah-sekolah agama persekutuan dan kerajaan. Saya tidak hairan jika suatu hari nanti, lahir pengganas-pengganas dan ekstrimis agama dari sekolah agama kerajaan sendiri.

Yang benar

Zacharias

3 Comments:

Blogger ihsan_huhu said...

gle r sampai mati kne gelek ketapi tuh xleh blah...

1:07 AM  
Blogger ainishamsi said...

sangat sedih dengan kes kene gelek ketapi tuh. cam x masuk akal langsung. tp tuh r, sekola2 sme nak jage name. tuh yg kalau mende2 camnih jadik, sme nak kaver2. tak bawak kebaikan langsung. huuuu~

7:49 AM  
Blogger azad said...

masuk sekolah agama, kene pukul, alasan 'azab akhirat lagi kuat, ni pukul takde mende nih'

masuk sekolah laki, kene pukul, alasan 'sape suruh buat salah, buat salah memang kena saman, kat luar tu pun sama gak'

tak masuk sekolah, kene pukul geng taiko 'sape suruh tak masuk skolah, bodoh, kan dah kene pukul'

kesimpulan:
1. bina badan. jadi macho.
2. berlatih gaduh mulut, tapi gunala rasional, jangan gaduh bodoh.

2:44 AM  

Post a Comment

<< Home