نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Sunday, March 22, 2009

Al-Fatihah

Ustaz Khairul Azhar memberikan pendapat beliau ketika Muktamar Pemuda PAS N9 2007. Kelihatan Saya berbaju merah berkopiah hijau putih, duduk di belakang, tunduk membaca laporan yang disisipkan.

Ketua Penerangan DPPN9 yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tampin, Negeri Sembilan, Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin telah kembali menemui ALLAH jam 11.20 malam hari Khamis malam Jumaat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Disyaki akibat demam denggi. 

Saya yang menerima beritu tersebut, lekas membuat aturan agar saya dan sahabat pemuda PAS yang lain dapat pergi mensolatkan jenazah beliau keesokan harinya selepas solat jumaat di Masjid Paroi Jaya. Setelah itu, kami segera mengiring jenazah ke liang lahad.

Syahdu sungguh suasana ketika itu. Nampak la ramai pakcik-pakcik, ustaz-ustaz, orang-orang dewasa yang menitiskan air mata. Turut hadir di situ adalah YB Salehuddin Ayub & Ustaz Nasruddin Tantawi.

Saya kenal dengan Ustaz Khairul Azhar ketika dalam pergerakan pemuda & unit amal. Pertama kali bertemu beliau adalah ketika muktamar pemuda PAS negeri sembilan pada tahun 2007, yang diadakan di Teluk Kemang.

Pemergian almarhum adalah satu kehilangan besar bagi Pemuda PAS Negeri Sembilan kerana ketokohan dan sifat kepimpinan beliau. Jika saya tidak silap, beliau merupakan calon Ketua Pemuda PAS N9 bagi pemilihan yang akan datang. Akan tetapi, Allah lebih menyayangi beliau. 

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home