نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Friday, January 29, 2010

Khutbah Jumaat 29 Januari 2010


Hari ini, aku pergi solat jumaat di Masjid Kuarters Senai Airport. Khutbah hari ini sangat best. Topik aqidah islam.

1) Aqidah merupakan tunjang asas agama islam, ditonjolkan melalui kalimah syahadah. Mimbar turut menjelaskan ciri-ciri Allah, dengan berdasarkan surah alikhlas.

2) Mimbar mengakui perkataan Allah memang digunakan oleh orang arab bukan islam, terutama pengikut agama samawi, sejak zaman sebelum islam lagi.

3) Kesesuaian penggunaan kalimah Allah di malaysia di kalangan bukan islam adalah tidak sesuai, kerana sudah beratus tahun ia digunakan secara khusus oleh masyarakat Islam.

4) Mimbar menyuruh umat islam terus mempelajari akidah, agar tidak terkeliru.

Lebih kurang la, aku mintak salinan khutbah, tapi imam cakap dia tak ada copy, pasal dapat pun pukul 12 tgh hari. Tapi aku tabik la khutbah hari ini, relevan dengan isu semasa.

Point yang ada pun dihujahkan dengan baik. Sekurang-kurangnya, mimbar tak gunakan hujah "orang terkeliru" sebagai sebab untuk mengharamkan penggunaan Allah, sebaliknya lebih kepada faktor budaya. Dan mimbar turut meminta umat islam terus belajar akidah agar tidak terkeliru, dan lebih faham akidah.

Ibarat main bola sepak, kalau kita kalah, jangan kita marah dan ikat kaki team lawan. Memang patut kita tingkatkan praktis supaya lebih terer.

Apa pun, aku tabik juga lah khutbah Jabatan agama islam johor. Tak macam JAKIM yang kerja nak mengampu sahaja, sampai "faedah mengurangkan gula dalam makanan" pun boleh jadi tajuk khutbah.

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

"manisnya hidup tanpa gula"
tajuk khutbah kat johor

-sapik-

3:12 AM  

Post a Comment

<< Home