Pengalaman Van Jenazah
Adapun van jenazah yang aku naiki bersaiz agak besar. Buatan Inokom, dan agak tinggi jika dibandingkan dengan van biasa. Ini memudahkan orang berjalan-jalan di bahagian belakang.
Van ini adalah milik badan khairat kematian Kariah Paroi Jaya, sumbangan lembaga tabung haji. 3 orang boleh duduk di depan, dan 3 lagi boleh duduk di belakang mengiringi jenazah.
3 kerusi di belakang di atur secara menegak. Seorang duduk di bahagian kepala jenazah, seorang di tengah, seorang di bahagian kaki.
Trip kali ini dipandu oleh Hj Khalid, dgn Hj Shafie sebagai pembantu beliau.
Di bahagian belakang, aku duduk di bahagian kepala jenazah, dan kak marsina di bahagian tengah.
Jam 12 tgh hari, van mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Hj Shafie segera memasang kaset surah yasin. Maklumlah, kalau nak baca nonstop, mau berasap kepala. Aku pun, tanpa berlengah lagi, cuba melelapkan mata. Apa lagi yang boleh dibuat di belakang van jenazah.
Tak sampai 5 minit, aku dengar kak marsina menjerit. Aku segera toleh, tiba2 dia cakap dia sakit perut, tak boleh duduk di situ. Suspension tak bagus. Aku stress tahap 1.
Kali ini aku terlelap. Tiba2 aku dengar kak marsina jerit lagi, dan habis kepala aku digoyang2kan. Tangannya merewang2. Aku tanya kenapa, dia kata beg dia jatuh, kena kaki dia dan dia terkejut. Aku stress tahap 2.
Jalan baru melalui ke sri menanti telah dibuka. Aku tengok van ni dengan steady memotong kenderaan lain. Ada la 110-120km/j. Fuh boleh tahan pak haji ni. Kepala aku masih mamai di awang awangan, so aku tidur balik.
Tiba2, kepala aku digoyang2 lagi. Kak marsina terkejut sebab apebenda ntah. Kali ni aku dah stress.. tahap 3.. jadi aku tukar tempat dengan dia, dia duduk bahagian kepala, aku duduk bahagian kaki.. jauh sikit dari dia..
Dah nak sampai muadzam, dia jerit2 lagi, rupanya cakap kat phone dan tak clear, aku dah stress tahap gaban.. sampai tempat rehat, kitorang gilir2 solat, dan lepas tu, aku mintak dia duduk depan sebelah hj khlaid, dan haji shafie duduk belakang..
Bila haji shafie duduk belakang, barulah aku dan dia boleh tidur dengan aman.. haha..
sampai dungun jam 6, kami hantar jenazah ke masjid sura untuk solat jenazah. Lepas tu ke kubur. aku bawa pakcik2 ni ke resort untuk berehat dan mandi serta makan.
Usai solat maghrib, kam makan, dan sekitar jam 8, bertolak balik ke seremban. Hj shafie pesan, jangan duduk belakang sebab sunyi.
Sekitar 30min berjalan, aku kesian tengok hj shafie tak berapa selesa duduk di tengah-tengah. Aku volunteer pindah duduk belakang..
Kedua-dua pakcik memandang aku berkali2. Masing2 seolah-olah mahu bercerita sesuatu, tapi nampak seperti keazaman aku tak boleh digugat lagi.
Mereka terus bagi aku duduk belakang, dan pesan, apa2 hal, ketuk tingkap yang memisahkan compartment. jangan lari terjun pulak.
Aku terus duduk di seat paling belakang sekali. Ketika ini, baru aku perasan bau kapur barus yang kuat di bahagian belakang.
Sekejap saja aku duduk, dan terlelap...
Tiba2 aku terjaga, dan jam sudah 12malam, berhenti rehat di muadzam.
Sambung perjalanan aku terlelap lagi, dan 2 jam kemudian, terjaga betul2 dah nak sampai rumah.
Aku ambil kereta jam 2 pagi, dan sampai pd jam 225pagi. Laju juga la bawa malam2.
Apa pun, jutaan tabik spring pada Hj khalid yang steady bawa van sorang2 dari seremban ke dungun 6 jam, rest 1jam setengah, dan balik 6 jam. Jasamu dikenang...
Apa yang misteri? tak ada pun... hehe

0 Comments:
Post a Comment
<< Home