نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Friday, November 04, 2005

PERBUALAN EIDULFITR

assalamualaikum,

2 syawal, 1426H

semalam, satu syawal.. lama betul aku tunggu kat bilik, sampai la masa yang sesuai, sekitar jam 7pg waktu malaysia..

sempat jugak bersembang dengan adik-adik aku yang masih mengantuk, cuma mak aku je yg fresh, maklumlah, nak siapkan breakfast anak-anak etc. adik aku sorang lagi tengah main NFS... hmm takpe la, masing-masing tengah cuti, biarkan mereka berseronok sedikit.

sambil bersembang dengan mak aku, banyak jugak la benda yang dibincangkan, hinggalah..

"zaki, ummi nak tanya sikit la"..

" ye, apa dia?"

"kamu ada nak ummi pinang anak sape-sape ke?"

erk, ape mak aku bukak topik ni..

"hmm, takde, kenapa?", aku cuba bertanya..

"takde calon ke? kalau takde ummi boleh carikkan"

alamak, apa aku nak jawab ni..

"calon ada, nama je takde.. orang nya ada, cuma namanya je yang tak tau lagi" pelik pulak bunyi ayat ni..

"la, macam mana pulak tu? kalau betul nak ummi carikkan, ummi boleh la tanya-tanya"

aku pulak pening, takkan anak 'makcik-makcik' (kawan-kawan mak aku) kot. tak nak la aku..

"takpe la, ki baru 22. boleh keje jauh-jauh, kat oilrig pun boleh untuk 10 tahun lagi. kalau ki 32, then barula ummi patut risau. ummi carikla. baru kita fikir"

well, 10 tahun lagi la nampaknya...

1 Comments:

Blogger Wan Saiful said...

Hmmm....Let me see what I can do.

No running away this time.

:)

1:58 AM  

Post a Comment

<< Home