نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Monday, April 20, 2009

That was the week that was

I have been commuting from KL to PD.

Once, a friend said he had important thing to discuss with me. I rushed back to seremban. Eventhough things did not really work out, I did not feel any regret. Seorang lelaki yang bermusafir untuk memnuhi tuntutan sahabatnya, lebih baik dari beriktikaf di masjid nabawi selama sebulan. Ada sahabat yang memberitahu, I myself do not know whether the hadith is sahih or not.

My wife and I both have been chased out of the house on the weekends. People accused me of committing something haraam by visiting her room. It was sad that we had to squat at her other friend's house, who did not mind us staying at their lounge for a while, until it was close to the bus departure time.

Sad but true...

Saturday, April 18, 2009

Regime Change Begins At Home.


Well, everything begins at home. The Country Needs YOU

Wednesday, April 01, 2009

BN Guna Gadis Seksi

Fuiyo, ni yang nak gi ceramah BN nih


Gadis seksi pancing undi BN?
Jimadie Shah Othman | Apr 2, 09 11:55am

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 09

Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 04Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.

"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.

"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Zahid percaya oleh kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Cina, sokongan mereka kepada BN semakin meningkat.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 01Zahid yang juga timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah. 

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. 

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya. 

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini. 

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 07"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.  

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya. 

Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram. 

Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.