نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Tuesday, October 28, 2008

Understanding daylight saving

I tried this application and it looked quite interesting for those who want to learn about daylight saving.

First I clicked The region: Asia

The programme says: with the exception of Western Asia, most Asian countries do not observe Summer Time...

Here I clicked Southeastern Asia

The programme says: with the exception of Malaysia, Southeastern Asia does not observe Summer Time...

Ok, now I am really curious. I never knew that in malaysia we have summer/ winter time. Here I clicked Malaysia.

The programme says: Malaysia observes summer time year round

Of course we observe summer time year round. Over here summer is for 12 months, the rest is winter...

Sunday, October 26, 2008

Mengumpat Kerana Allah?

Salam

Bismillah, WalhamduliLlah, wassolatu wassalamu ala RasuliLlah.

49:11 O ye who believe! Let not some men among you laugh at others: It may be that the (latter) are better than the (former): Nor let some women laugh at others: It may be that the (latter are better than the (former): Nor defame nor be sarcastic to each other, nor call each other by (offensive) nicknames: Ill-seeming is a name connoting wickedness, (to be used of one) after he has believed: And those who do not desist are (indeed) doing wrong.


49:12 O ye who believe! Avoid suspicion as much (as possible): for suspicion in some cases is a sin: And spy not on each other behind their backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, ye would abhor it...But fear Allah. For Allah is Oft-Returning, Most Merciful.

"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat."

Entah, semenjak dua ni, banyak juga saya berfikir.

Begitu rendahnya nilai Islam, hingga kita menjual islam itu, untuk menghalalkan perkara haram yang kita lakukan.

Kisah Kawan Saya:

Saya ada seorang kawan, dan dia pernah berzina sebelum dia berkahwin. Dia dah berubah, dan telahpun bertaubat. Maka satu hari, dia hendak bernikah dengan seorang wanita muslimah yang baik.

Saya duduk berfikir, patutkah saya cerita kisah lelaki ini pernah berzina kepada bakal isterinya? Adakah wanita itu berhak tahu?

Ya, saya rasa wanita itu patut tahu. Tapi bukan dari mulut saya. Ia harus datang dari mulut lelaki tadi, jika dia rasakan wajar. BUKAN HAK SAYA UNTUK MENGUMPAT LELAKI TADI, ATAS ALASAN UNTUK ISLAM.

Kisah Saya:

Ya, tunang saya datang bercerita, ada pihak membawa cerita kurang baik berkenaan saya kepada beliau. Ya Allah, tidak kah mereka rasa bersalah, cuba meruntuhkan rumah tangga yang nak dibina? Mengumpat pula? Atas alasan: untuk Islam? Tunang saya sendiri tidak menyebut nama orangnya, kerana itu tidak penting. Saya pun tidak ingin tahu namanya, cuma cukuplah kita ambil buat iktibar sesama kita.

Sedangkan, kalau benda itu betul, dan maslahatnya untuk Islam, maka terus cakapkan pada saya. Kalau benda itu tidak benar, dan pihak ini harus menjaja cerita di belakang saya, takut saya tahu, maka itu satu penipuan yang menjadi fitnah.

Lebih sedih, ini dilakukan oleh pihak yang mengaku dirinya TEKNOKRAT HIZBULLAH PEJUANG ISLAM.

Saya masih menanti pihak yang ingin memohon maaf kerana mengumpat saya, dan cuba merosakkan rumah tangga yang saya baru nak bina. Wallaahi, saya tidak akan redha pada mereka ini, bukan kerana saya yang diumpat, tapi kerana mereka menjual Islam, hanya untuk menghalalkan apa yang islam haramkan.

Andai ada antara sahabat sekalian yang kenal pada kumpulan ini, maka minta lah mereka bertaubat kepada Allah. Cukup-cukuplah mengumpat, takkan tak kenyang-kenyang lagi?

Jangan cuba ajar saya tentang jenis umpatan yang dibenarkan dalam islam dan sebagainya, kerana saya percaya, walau apa pun hujah anda, perbuatan mereka ini tetap jatuh dalam umpatan qabih.

Maka tidak hairanlah semakin banyak institusi kekeluargaan pejuang islam yang musnah, kerana 'terlebih concern' di kalangan pejuang yang lain, hingga masuk bab mengumpat dan mengadu domba.

MENGUMPAT KERANA ALLAH?

“It's not who i am underneath but what i do that defines me”

Lawan tetap Lawan

Saturday, October 25, 2008

At a project tender interview...

At a project tender interview (Source: http://mt.m2day.org/2008/content/view/13721/84/ ) 

Tenderer 1

Interviewer: Your bid is 3 million. How do you justify your tender sum?

Korean tenderer: 1 million for labour, 1 million for materials and 1 million for expenses and a little profit.

Interview: Ok. Thank you. Next!


Tenderer 2

Interviewer: Your bid is 6 million. How do you justify your tender sum?

Japanese tenderer: 2 million for labour, 2 million for materials and 2 million for expenses and a little profit.

Interviewer: Ok. Thank you. Next!


Tenderer 3

Interviewer: Your bid is 9 million. This is way above everyone else. How do you justify your tender sum?

Malaysian tenderer: 3 million for YOU, 3 million for ME, and we get the Koreans to do it for 3 million.

Thursday, October 16, 2008

What a Photoshop'd Picture



I am sure this is a SUPERIMPOSED photo, but it looks very real. Crazy malaysia-today team. Plus their previous entry here.

Monday, October 06, 2008

What goes around comes around

video

Friday, October 03, 2008

Kisah Raya & Ketupat Daun Palas

Daun Palas dalam Ikatan

Daun Palas dibuka sebelum boleh dibuat Ketupat
Ketupat daun palas yang sudah siap

Bagi yang tidak mengetahui, ketupat daun palas adalah sejenis ketupat yang lazimnya dibuat oleh orang utara semenanjung. Berbeza dengan ketupat yang biasa ditayangkan di kaca television, ketupat daun palas berbentuk segitiga dan diisi dengan beras pulut. Kadang-kadang, kacang merah juga turut dimasukkan bersama-sama beras pulut tadi.

Membuat pulut ini, sedikit berbeza dengan ketupat biasa.

1) Anyaman dan lipatan lebih mudah
2) Agakan isi untuk dimasukkan lebih mudah, memandangkan pulut yang dimasukkan sudah sedikit ditanak. Ketupat biasa memerlukan ketepatan dalam mengisi beras, kira-kira 1/3 jumlah isipadu ketupat. Lebih dari itu boleh menyebabkan ketupat itu keras sesudah dimasak, dan kurang enak dimakan.
3) Masa tanak ketupat pulut lebih pendek (kurang 2 jam) berbanding ketupat biasa (3 jam)

Ayah saya berasal dari kedah, jadi sememangnya beliau penggemar ketupat daun palas @ ketupat pulut. Masuk hari raya ke-2, kami pun berjalan hingga ke pasar Larkin, kira-kira 30km dari rumah semata-mata mencari ketupat daun palas. Namun, tiada rezki.

Kami singgah di sebuah kedai runcit di situ. Niat ingin membeli gambir, pinang, kapur (barang rencam makan sireh. Untuk persediaan majlis pernikahan). Sedang sibuk bertanya dengan tukang kedai, datang seorang makcik. Dia sedang mencari pulut. Katanya hendak buat ketupat daun palas. Jawab ayah saya " kami pulut ada kat rumah, daun yang takde". Tanpa teragak-agak, makcik tadi memberikan alamat rumahnya. Kata ayah saya "kalau kami tak jumpa, nanti kami singgah".

Sungguh, kami tak kenal makcik tadi. Mak saya sedikit risau, takut-takut makcik tadi adalah 'conwoman' yang cuba menipu orang. Tapi, pada ayah, makcik tadi patut lagi risau nak beri alamat rumahnya pada kami.

Alkesah, kami tak jumpa juga daun palas. Akhirnya, kami pergi lah ke rumah makcik tadi. Memandangkan saya dan ayah berpuasa pada hari tersebut, kami cuba duduk bersembang. Rupa-rupanya, makcik tadi merupakan mak mertua kepada bos Kakak saya yang bekerja di Hospital JB (yang baru mahu belajar blog). Alkesah, makcik tu pun beri 3 ikat daun palas kepada kami.

Sampai di rumah, kami pun buatlah ketupat, dan juga agih-agihkan daun tersebut kepada jiran-jiran yang berminat.

Itulah kisah raya ke-2 saya, dan juga kisah kebaikan hati orang utara. Bukan apa, cuma, saya rasa budaya begitu sudah sedikit mati di bahagian lain, dan juga generasi sekarang di negara kita. Begitu murahnya hati makcik tadi, mengundang orang yang tak dikenali datang ke rumah, hanya untuk daun palas, moga Allah sahaja yang balas.

Selamat hari raya, Kullu 'am wa antum bikhair. Takbeer!!! Allahuakbar.

p/s: Baru sahaja pulang dari rumah Dr Jo a.k.a Dr menantu kepada makcik yang bagi daun palas tu.