نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Tuesday, May 30, 2006

Doktor lari?

assalamualaikum

Terbaca komen seorang rakyat malaysia di utusan. Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan pendapat beliau.

Teringat juga akan seorang kawan. Pada penghujung tahun 2004, beliau sekeluarga telah merancang trip melancong ke Turki. Ditaqdirkan Allah, bencana tsunami melanda beberapa negara Asia. Beliau berasa sangat bersalah kerana mampu berbelanja beribu Pounds untuk melancong ke Turki, sedangkan manusia lain dalam dunia dalam kesusahan. Maka, beliau telah menderwa beberapa ribu pounds, sama dengan yang akan dibelanja di Turki.

Sahabat-sahabat di Bristol sedang merancang satu farewell dinner sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman. Anggaran kos : GBP20. Saya berasa amat berat untuk pergi, kerana berasa lebih ramai orang yang memerlukan duit saya, dan duit orang lain.

Hmm, satu yang menarik, perbincangan antara worry dan sorry. Entahlah, saya berpendapat, kita perlu worry. Sekadar sorry tidak cukup. Tetapi worry itu, perlulah bertempat. Seperti kata amar salehuddin, kita juga perlu worry untuk diri kita. adakah kita akan selamat di hadapan Allah? adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab mukmin? adakah kita telah sempurna iman?

teringat kata-kata Irish Philosophy (aw kama qaal):

Why Worry
It is either you are well, or you are ill

if you are well, there's nothing to worry about
if you are ill, it is either you get better or you die

if you get better, there's nothing to worry about
if you die, it is either you go to paradise, or you go to hell

if you go to paradise, there's nothing to worry about
if you go to hell, you will be so busy shaking hands with friends,

so, why worry?

Monday, May 29, 2006

Doktor Indonesia

DERMA GEMPA BUMI INDONESIA DERMA GEMPA BUMI INDONESIA

assalamualaikum,

SMS terkini dari Ummi memberitahu kakak saya sekarang telah berpindah ke Bantul untuk membantu kerja-kerja merawat dan menyelamat. Kakak saya sedang dalam proses menamatkan klinikal beliau yang tinggal sekitar 2 bulan sahaja lagi.

Kadang-kadang, saya selalu berfikir, kenapa kita tidak menghantar lebih banyak pelajar perubatan ke tempat-tempat seperti indonesia. Di negara seperti ini, para pelajar dilatih secara akademik dan fizikal, bagi menghadapi situasi kecemasan. Ini termasuk menjaga trafik jika berlaku kemalangan jalan raya!!

Adakah kita menghantar pelajar ke negara maju, hanya kerana 'hype' dan reputasi? Sebaliknya, bila para doktor ini pulang ke tanah air, perangai yang ditunjuk penuh dengan lagak masing-masing. Teringat ketika seorang pelajar perubatan bangkit bercakap ketika mesyuarat persatuan pelajar baru baru ini. Saya tidak dapat bayangkan orang dengan perwatakan sebegitu menjadi seorang doktor yang baik. Masalah SIKAP.

Teringat perbualan dengan seorang pelajar tahun 4 perubatan di Newcastle, beberapa tahun yang lalu. Ketika kebanyakan pelajar perubatan di indonesia telah pun berdepan dengan situasi yang lebih praktikal dan mencabar, pelajar di sini hanya boleh berbangga dengan circumcision. Itupun jika ada... Oh, mungkin juga kelahiran.

NO OFFENSE...

Saturday, May 27, 2006

Gempa Bumi Di Jogjakarta Indonesia

assalamualaikum

hari ini terbaca berita di BBC News berkaitan gempa bumi di Jogjakarta, Indonesia.

Untuk makluman semua, terdapat ramai pelajar malaysia yang menuntut di Jogjakarta, terutamanya dalam bidang perubatan.

Saya sendiri pernah ke Jogja beberapa tahun yang lalu, dan ia sememangnya satu pengalaman yang indah dan menarik. Lebih menarik dari pengalaman saya ke Langkawi pada masa yang lain.

Setakat ini, seramai 2,700 orang telah disahkan maut dalam gempa bumi yang mencecah 6.2 skala richter.

Ketika BBC, media negara britain sibuk membuat liputan berkaitan tragedi ini, akhbar online malaysia masih bercanda dan berpoya-poya. Ketika ini, bahagian luar negara utusan online tidak menyiarkan langsung berita ini. Tidak juga di bawah bahagian terkini. Cukup menyedihkan. Teringat ketika peristiwa kematian isteri Pak Lah tempoh hari, bukan main terkini dan update akhbar kita. Adakah nyawa 2,700 orang tiada nilai berbanding nyawa seorang wanita?

Bandingkan ini dengan akhbar bahasa inggeris (the star) yang telah siap menyiarkan artikel, dan respon pimpinan negara terhadap situasi di indonesia.

Lebih menyedihkan, jika kita lihat ruang luar negara, utusan masih sibuk membincangkan soal kahwin cerai britney spears. Sukan pula, kisah Wayne Rooney sama ada beliau akan ke Germany. Lihatlah, betapa tidak humanistik nya akhbar kita. Di manakah peri kemanusiaan?

Akhbar mencerminkan masyarakat. Adakah Masyarakat melayu Masyarakat hedonistik dan tidak humanistik? Adakah ini gambaran sikap pembaca utusan, yang kebanyakannya melayu, berbanding dengan the star?

Kakak saya seorang pelajar perubatan tahun akhir di Jogja. Beliau telah lulus perubatan, cuma sedang menghabiskan tempoh klinikal. Beliau akan tamat klinikal insyaAllah bulan ogos ini.

Berikut adalah SMS yang diterima dari Ummi:

'Pagi tadi bumbung rumah terbang. Petang ni dia dah keluar, insyaAllah dapat tempat berlindung'
'Kakak ada di hospital tolong rescue, hospital pun punah. Dia habis syif pukul 9, InsyaAllah dia ke solo untuk evacuation malam ni. Doakan ye'

Bersama-samalah kita berdoa.

Thursday, May 25, 2006

Perjuangan yang telah selesai


7:87 "And if there is a party among you who believes in the message with which I have been sent, and a party which does not believe, hold yourselves in patience until Allah doth decide between us: for He is the best to decide.

assalamualaikum

hari ini, peperiksaan subjek Environmental ThermalHydraulics. Pelajar dibenarkan membawa pulang kertas peperiksaan selepas selesai menduduki peperiksaan tersebut. Entah bagaimana, selesai bermain tenis bersama rakan sekelas, saya sempat melihat kembali kertas tersebut.

Entah macam mana, baru saya tersedar, yang saya telah tertinggal menjawab siri soalan-soalan yang mudah. Terbuang lah sekitar 10 markah (atau lebih). Sebaik sahaja saya perasan akan perkara ini, segera saya campakkan kertas itu jauh-jauh.

Sehingga sekarang, masih ada lagi sesal di hati, kerana tertinggal menjawab soalan-soalan tersebut. Saya juga telah membuat congakan markah bagi subjek-subjek lain menggunakan spreadsheet. Nampak gaya, harapan saya untuk mendapat 1st class overall telah pun terkubur.

Maka, entry ini lebih bersifat kepada penutup perjuangan saya di Bristol. Moga Allah memberikan saya kesabaran untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

Wassalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Wednesday, May 24, 2006

World Cup, Fair Trade and Basic RIghts

Selesai membaca sebuah artikel di independent.

Kesian pekerja-pekerja tersebut. Lebih malang lagi, mereka ini, sudahlah sememangnya miskin, ditambah lagi beban kerja yang menjanjikan hanya sesuap nasi untuk hari tersebut. Banyak cakap, silap-silap dibuang kerja dan tiada lagi sumber pendapatan.

Entah, apa yang perlu kita lakukan? Bagaimanakah dengan wujudnya negara islam dapat menyelesaikan permasalahan ini? Harapnya, mereka yang pro gerakan islam, dapat memberi sedikit sebanyak maklum balas.

Selepas ini, setiap kali anda lihat kasut Nike, bola Adidasm (ya, World Cup) , atau baju pasukan bola sepak ( Man Utd etc), ingatlah, ada orang yang tersiksa di sebalik 'attire' anda, supaya anda dapat bermegah-megah dengan jenama yang anda pakai.

p/s: Saya pakai apa yang ada.

Tuesday, May 23, 2006

Process Operations and Equipment

salams.

This was my first exam this year. Alhamdulillah, it was not too bad. It was compulsory to answer at least one question from section A (out of two). Unfortunately, both questions were very difficult. There was no mention of decoding Matlab, which I had sort of prepared myselft to answer any kind of it. I think I dropped at least 9 marks from that question, out of the possible 20.

Other questions on air conditioning and refrigeration could not have been easier. But I think I wrote evaporator pressure instead of compressor pressure. I also made a mistake in the last part of the last question, which worse comes to worst, it would lose 4 marks.

As a whole, I think I have dropped ( 12 + 2 + 2 + 4) marks = 20

If my prediction is correct, I would have 60 marks from the exam.

The other 20% is from the heat exchanger exercise ( or was it 30% ?). My group came out with the best design and basically won the competition / seminar. We would have at least 16 marks from that.

Conclusion: I would have enough marks to get a 1st for this first paper. A good start is half a battle won...

Saturday, May 20, 2006

VIVA n EXAM

assalamualaikum

rehat sebentar..

peperiksaan insyaAllah akan bermula isnin ini.

Viva baru berlalu jumaat yang lalu. Entah, susah untuk diduga. Rasa macam OK, tapi ada juga rasa macam tidak OK

Ala kulli haal, fokus pada peperiksaan yang akan datang..

wassalam

Thursday, May 18, 2006

I am writing as a reply to my brother's entry.

barca defenders, apart from puyol are no big name in football. they are not a team full of galacticos, but merely hardworking footballers. even sol campbell's salary is higher than that of oleguer, marquez, etc i think. not to mention, ashley cole. So in term of defending, we do expect arsenal back line to be more solid.

On the other hand, attacking wise, barca is a team full of creativity and talent. owh, they also have wage limit for their players. look at the workrate of people like deco, giuly, eto'o, ronaldinho, iniesta, etc.. they always run around flippin' heck..

lehmann did deserve the red card, although noone liked the decision. barca disliked the goal to be cancelled, as much as arsenal having lehmann sent off.

had he stayed, there's no guarantee that arsenal would have won the match either. 10-men arsenal had more defensive mentality, hence more difficult to break. while they were 11, barca did manage to break their defence, with eto'o tru (but caught by lehmann). otherwise, it would have been 1-0 (with 11-men arsenal). and it could have been more.

the match-against-10-men attitude within the barca's players is another issue. they were being rather complacent thinking they were playing against 10-men. until they were really desperate, they did not work as hard.

freekick to eboue was not a freekick at all. he did dive big-time, but henry kept quiet when it went to his/arsenal's favour. puyol hardly touched that guy. Sol campbell connected to the freekick, and scored.

i would say, the match would have been more interesting with 11 play 11. and we could have seen more goals. maybe more on arsenal side, but most probably more on barca's side.

well, afterall, it is just a game.. and it has been predestined...

and the better side of it is that, here, we dont have to qiam to watch footie...

2:249 When Talut set forth with the armies, he said: "(Allah) will test you at the stream: if any drinks of its water, He goes not with my army: Only those who taste not of it go with me: A mere sip out of the hand is excused." but they all drank of it, except a few. When they crossed the river,- He and the faithful ones with him,- they said: "This day We cannot cope with Goliath and his forces." but those who were convinced that they must meet Allah, said: "How oft, by Allah's will, Hath a small force vanquished a big one? Allah is with those who steadfastly persevere."

Wednesday, May 17, 2006

FAJAR SUMMER COURSE n PRISON BREAK


assalamualaikum,

So, this is it. I won one of those consolation prizes. Fajr Institute is giving me 20% discount for the tuition fees. The problem is, i am not sure if i can make it. I have my graduation in July, and my sister's in August. Most probably, I'll be going home straight after graduation. I am not sure if i will be qualified for the course too, since i am applying for sibawih II programme.

So, if there is anyone interested in this 20% discount, i can check if it is transferable to other people.

and for those who have not seen the latest episode of prison break, stop here.. Don't tell me that i did not send any warning..



The last episode was so thrilling that i thought my heart was going to burst.. Schofield managed to escape, but they could not run far. They got to the airport, with the policemen right on their tails. Unfortunately, the plane was leaving as they got there, and basically they missed it. THEY MISSED THE PLANE, AND THE POLICEMEN WERE SURROUNDING THEM.

Well, what now? We RUN...

AND RUN WE DO...

Monday, May 15, 2006

Kenapa harakahdaily tiada berita sukan

salams..

mungkin ramai yang gemar membaca akhbar tempatan, secara online mahupun secara langganan setiap hari. ramai juga yang gemar membaca akhbar alternatif, seperti harakahdaily.

soalan:
kenapa harakahdaily tidak menyiarkan berita sukan, sedangkan berita sukan adalah 'crowd puller' bagi kebanyakan akhbar?

jawapan:
sebab section sukan aje yang boleh dipercayai kat utusan ke, berita harian ke etc. yang lain semua hampeh..

Friday, May 12, 2006

What a debate

When pilots get bored

AND THE LEGENDARY NO.9 BOWED OUT...


St. James' Park witnessed another great night as Alan Shearer played his final game in the magpies' colour. Having spent the last 10 seasons wearing the same shirt and number, it was such an emotional night to have him leaving the club.

On his farewell, Alan Shearer said:

'I thank you all very much for all the support you have given me over the past 10 years.

'As everyone knows, I had the chance to join other football clubs before I came here, and I was very close. It was a team in red and not far from Manchester.

'But it was always my dream and my ambition to come home back to Newcastle - and I came back.

'Whatever anybody says, I've done it and I've done it my way. I've lived the dream, so thank you very much.'

'This will stay with me forever,' he said later. 'They have been great times. I've lived my dream; I've done what I wanted to do. '

'When I was a young boy I wanted to play for Newcastle - and I've done that. It's been an unbelievable rollercoaster ride, some ups and downs. But overall, it's been my dream - and I've loved it.'

Had he joined Man Utd, he would have won so many trophies and championships. Yet, he opted to come home. Home is where his heart belongs, and Home will always be Home.




"There was more than just a tear in my eye when I was walking around," he said. "I defy anyone not to have a tear.

"The way they (the fans) have been, it's just incredible. Where else do you get something like that?

"I thank the fans for everything they have given me. It's just been very, very special."

Thank You Al for everything you have been doing for the club.

Hujan Emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, lebih baik tempat sendiri

Wednesday, May 10, 2006

ON STRESS MANAGEMENT

On a bad day, when someone is really getting on your nerve,

Please remember,
it takes 43 muscles to frown
and 17 muscles to smile..

and just 4 to whack that person's face.

Monday, May 08, 2006

LAGI LAGI POLITIK MALAYSIA

Assalamualaikum

boleh baca artiken di bawah di Utusan Online..

Prinsip BN kekal - PM -- Ahli Parlimen kerajaan tidak dibenar sokong usul pembangkang
Oleh Habibah Omar


SEPANG 7 Mei - Prinsip Barisan Nasional (BN) yang tidak membenarkan Ahli Parlimennya menyokong usul pembangkang di Parlimen adalah kekal dan perlu dipatuhi semua anggota.

Itulah ingatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran peletakan jawatan Pengerusi Kelab Ahli Penyokong Parlimen Barisan Nasional (BBC), Datuk Shahrir Samad yang cuba `menongkah arus' daripada prinsip itu Selasa lalu.

Kata Perdana Menteri, perkara itu adalah keputusan parti dan merupakan satu prinsip yang perlu disokong oleh semua.

``Pada waktu ini kita kekal dengan keputusan yang telah dibuat.

Mana tak pening kepala?

p/s: Nama wartawan ni Habibah Omar... Patut sounds familiar..

Friday, May 05, 2006

LAGI POLITIK MALAYSIA

assalamualaikum

Yang Berhormat Dato' Shahrir Abdul Samad telah melepaskan jawatan beliau, selaku pengerusi Barisan Nasional Back-Benchers Club (BNBBC). Semua disebabkan keputusan MP's BN yang menolak siasatan lanjut diadakan terhadap MP yang campur tangan isu kayu balak tempoh hari. Kecewa dengan sikap MP's BN, beliau segera melepaskan jawatan beliau.

Kenapa usul tersebut ditolak? Minister in the Prime Minister's Department in charge of Parliamentary Affairs, Nazri Aziz, said that "It is not that we disagree with Shahrir but it's an opposition motion and we usually reject their motions."

Kalau kita tidak disagree, kita setuju. Maka kita kena lah sokong. Habis tu, kenapa tolak? Hanya kerana ia keluar dari mulut Lim Kit Siang?

Kalau benda tu datang dari pembangkang, semua salah, semua kena tolak. Kalau dari kerajaan, semua betul, semua kena angguk?

Alahai, bila masuk parlimen, masing-masing jadi pak turut.

Fenomena ini sebenarnya berlaku di mana-mana. Kerapkali kita menolak idea atau hujah orang lain, semata-mata kerana dia tidak datang dari kumpulan kita. Ini termasuk golongan yang memanggil diri mereka pejuang islam.

Kalau golongan sekular buat ceramah agama, kita tidak datang, dan pulaukan. hanya kerana ia dianjurkan puak-puak sekular. Kalau mereka buat tahlil, bukan setakat tidak datang, kita tambah label ahli bid'ah pada mereka.

Kalau dari pihak kita, kadang-kadang keluar kenyataan yang salah, kita akan tetap teguh pertahan. Akhirnya, neraca kita hanyalah neraca kepartian. Assabiyyah kebangsaan telah bertukar menjadi assabiyah perkumpulan dan warna hijau.

Kalau begini sikapnya, apa beza kita dengan mereka?

.. SEDIH DAN MENGGELENG KEPALA ..

Wednesday, May 03, 2006

TAHUKAH ANDA

tahukah anda...

1) Mee Bandung bukan berasal dari Bandung
2) Air sirap bandung juga tidak dijual di Bandung
3) Nasi goreng USA bukan makanan rasmi rakyat USA
4) Mee Siam hanya boleh didapati di negeri Johor

to be continued..

Tuesday, May 02, 2006

ME LAST TERM IN BRISTLE

yeah but no but yeah but no but..

for those who are familiar with the line above, Vicky Polard is a character, based on chavs who live in bristol. to be specific, around bedminster/st paul area

it's already may, and soon i will finish me degree. and later insyaAllah i will graduate and go home..

and i will be missing all these 'me, churz drive' and many other slang words..

will i?.. yeah but not but yeah but no but yeah but no but...