نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Thursday, December 29, 2005

ketuk ketampi bogel?

assalamualaikum,

terbaca hasil tulisan seorang sahabat berkaitan isu tersebut yang berlaku beberapa minggu yang lalu.

entah mengapa, apabila jelas mangsa kes tersebut bukan wanita dari china, kerajaan terus berdiam seribu bahasa.

beginilah nasib umat melayu, setiap isu yang mana melayu adalah mangsa, semua pihak akan berdiam seribu bahasa. alasan: takut orang melayu mengamuk. andai pesalahnya adalah orang melayu, semua akhbar, dalam mahupun luar negara, akan sibuk ke sini dan ke sana. mencari bahan untuk dibuat bahan berita, dan cerita.

aduhai nasib umat melayu..

Saturday, December 10, 2005

Fussball Spielen

assalamualaikum

baru balik dari pertandingan bola sepak bristol games. kali ni, berjaya ke separuh akhir, kalah..

penat, letih..

wassalam

Tuesday, December 06, 2005

BILA TIBA MUSIM KAHWIN

assalamualaikum..

buka friendster, seorang demi seorang kawan saya telah berumahtangga.. ada yang telah tamat pengajian universiti, ada yg belum.. ada memacam kes lagi..

hari ni, lagi mengejutkan, seorang lagi kawan akan berkahwin insyaAllah. kesian kawan saya ini, banyak kali hendak berkahwin, tetapi seringkali ditimpa musibah. pernah begitu hampir, cuma beberapa minggu sahaja tinggal, itu pun ditaqdirkan Allah, gagal..

moga kali ini menjadi lah hendaknya.. ameen..

bersama menghidupkan sunnah nabi s.a.w.

Friday, December 02, 2005

APABILA ADIKKU ACCIDENT (LAGI)!!

assalamualaikum..

"ki, ummi nak bagi tau. stream hari ni eksiden. ihsan alhamdulillah, ok. nyaris-nyaris kena hempap dengan lori batu. kereta rosak takpe, boleh baiki. cermin depan, tepi, side mirror semua abes"..

terkejut aku dapat message ni, aku pun call rumah...

alhamdulillah, selain dari kereta, tiada kerugian lain. memula aku ingat adik aku buat hal, maklumlah, adik aku ni kaki speeding. tapi alhamdulillah, kali ni dia hantar mak aku pegi keje, dan dah nak jadi..

kesian adik aku, dulu eksiden ketika naik bas ekspress.. kali ni eksiden lagi.. takpela, cubaan dari Allah.. kaffarah buat dosa lalu.. dan peringatan buat kami sekeluarga.. Allah masih sayangkan kami..

wassalamualaikum