Manusia-Manusia BODOH dalam PAKATAN RAKYAT
Ada beberapa kategori manusia bodoh dalam Pakatan Rakyat.
1) Anwariyun
Mereka ni penyokong Anwar Ibrahim dari zaman UMNO lagi. Mungkin atas dasar 'islamik' DSAI atau apa pun, mereka ini memang pengikut yang kuat. Sebab asal mereka dari UMNO, maka mereka kekal dengan perangai UMNO. Bila Pakatan pegang kuasa, mereka pun syok, dan perangai mereka tak ubah dengan UMNO. Sama rasuah, dan sebagainya. Pada saya, golongan ini bodoh kerana tak memahami asas perjuangan PR yang menolak rasuah di zaman mana pun.
They mainly choose to reside as PKR members
2) Pejuang bangsa totok
Orang macam ni, penyokong kuat kepada sistem politik berasaskan kaum yang wujud dalam Barisan. Mereka mungkin tidak suka kepada UMNO/ BN kerana dasar-dasar tertentu, tetapi cara mereka bercakap dan sebagainya, tiada beza dengan sikap racist parti-parti komponen BN. Pada saya, golongan ini bodoh kerana tak memahami asas perjuangan PR, yang membela rakyat dan bukan rakyat (seperti Altantuya) tanpa mengira kaum.
They mainly choose to reside as PAS and DAP members
3) Anti-UMNO
Golongan ini, benci pada UMNO. Mungkin kerana sebab-sebab tertentu, mungkin kerana penindasan yang UMNO pernah lakukan, mungkin kerana pernah minta tanah tak dapat. Ataupun mungkin pernah kalah pencalonan bahagian. Mungkin juga hujah agama. Apa pun, mereka ini benci UMNO secara emosional. Hatta, kalau ada sebarang cadangan kerjasama dengan UMNO, akan ditolak. Sama ada unity government atau muzakarah, semua tak boleh. Bagi saya, golongan ini bodoh, kerana taqlid membabi buta. Kalau satu hari, UMNO boleh reform, dan nauzubillah, tiba-tiba PKR jadi macam UMNO, adakah masih tetap mahu benci UMNO kerana sentimen dan emosi tadi?
PAS, PKR, DAP, semua ada
4) Ulama' v Professional
Satu lagi puak yang tak berapa cerdik yang ada dalam PAS, adalah puak yang menganggap Ulama' ni semua bangang dan tak reti perintah. Ada juga puak yang anggap Professional ni semua jahat dan tak bertarbiyah. Come on la, sangka baik la sikit. Bodoh la kalau kita anggap orang semua jahat, dan kita sahaja yang baik dalam dunia ni. Last sekali tak sape pun dapat manfaat. Yang ulama', cuba-cuba la tarbiyahkan yang professional. Yang professional, cuba-cuba la ajarkan ulama' hal ehwal muamalat dan foreign affairs.
Kesimpulan, hadam-hadamkan lah matlamat perjuangan dan hala tuju parti. Gunakan medan yang ada sebagai medan mendekati masyarakat (dakwah). Toksah la dok benci orang, atau suka kat orang mengkhinzir buta.
Jika anda memilih untuk menyokong PAKATAN RAKYAT, maka jadilah penyokong dan pendokong yang bijak. Bukan kerana wang, bukan kerana harta, bukan kerana glamour, tetapi kerana Allah, dan kerana memperjuangkan yang hak.