نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Friday, July 31, 2009

Sir Bobby Robson Passed Away

It is a sad day for football as Sir Bobby passed away on Friday.

Wednesday, July 29, 2009

Teka-Teki

Petikan sebuah perbualan dengan kawan aku kat YM:


Kawan:
bro
12:46 PM
apakah persamaan najib dgn abu jahal?
12:46 PM

Aku:
ntah la
12:48 PM
yg aku tau
12:48 PM
abu jahal hensem, najib tak hensem
12:48 PM

So Ape kah jawapannya?



























Kawan:
dua2 pernah masuk kaabah
12:48 PM

Thursday, July 23, 2009

Kenangan bersama Tok Wan

Hari ni aku start kerja.

Memang rasa distracted sungguh. Penuh dengan fikiran 'kalaulah aku, kalaulah ummi, kalaulah.. macam macam lagi'. Memang la itu semua hasutan syaitan, tapi sebagai manusia, memang kita susah nak lari dari berfikir kalau-kalau yang pelbagai.

Aku paling terkilan sekali sebab tak sempat nak rekod cerita Tok Wan tentang kehidupan beliau ketika kecil, zaman sebelum jepun, selepas jepun dan sebagainya. Ish, rugi sungguh sejarah negara.

Aku ada banyak benda nak tanya, termasuk la nama mak tokwan, dan sebagainya. Haiya.

Paling terkilan sekali, bila semalam aku dengan syafiq try moi tokwan. Mak aih, punya la flat, kalau letak kicap, rasa la kicap/ toyu sikit. Cuma yang aku kagum, tokwan tak pernah complaint walaupun makan benda tu hari hari. HARI HARI. Makan je, kalau tanya sedap tak, 'sdap'. Tu la reply tokwan. Respek.

Tokwan, maafkanlah kami cucu-cucu yang nakal.

Anyway, hari selasa lepas, time aku sibuk-sibuk uruskan jenazah tokwan, keluarlah artikel ni kat harian metro. Budak ni dulu trainee kat tempat aku keje. Alahai, kena downgrade jadi stesen minyak la plak.

Hari rabu, keluar pula artikel ni. Aku harap depa ni OK la satu family. Kalau marah pun, toksah la lari-lari. Buat penat je orang nak kejar-kejar, dan dah jadi jenaka bodoh dah kat tempat keje aku. Apa hal pun, aku doakan Ammar ni bahagia la dengan awek/tunang/bakal isteri dia ni, dan berhenti dari lari-lari.


Tuesday, July 21, 2009

Ops Lalang II

Hari ini, Pewaris umumkan untuk berdemo pada hari yang sama dengan himpunan mansuhkan ISA anjuran GMI.

http://malaysiakini.com/news/109002

My Prediction:

1) PEWARIS akan dapat permit
2) GMI tak dapat permit, jadi kalau apa apa berlaku, dia adalah salah GMI sebab buat perhimpunan tanpa permit.
3) Perhimpunan akan berjalan
4) Polis/ UMNO/ BN/ SB akan plant orang dalam crowd Anti ISA dan akan create provokasi. Elemen provokasi ini dah jelas, dengan usaha perhimpunan dijalankan pada hari yang sama, tempat yang sama, menuju tempat yang sama.
5) Berlaku huru hara luar kawalan
6) Kerajaan BN pimpinan Najib Razak akan mula menangkap pimpinan Pakatan Rakyat atas dakwaan mencipta kekacauan.
7) Bermulalah era kuku besi Najib secara rasmi

Monday, July 20, 2009

Pemergian Tok Wan

Salam.

Semalam, ada program dan mesyuarat di Senawang. Balik dari Senawang, singgah di rumah Mak Mertua aku untuk kupas cempedak.

Aku dah nak balik PD lebih kurang jam 7pm, bila aku ambil telefon dan perasan 7 missed call, dan satu sms dari Syafiq yang berbunyi "Tokwan dah kembali ke rahmatullah petang tadi". Mesej dikirim pada jam 6.28pm. Terus aku forward sms kepada adik2 di luar negara, dan kawan-kawan, juga bos, pasal nak bagitau kena ambil emergency leave. Aku sampai rumah lebih kurang jam 10 malam.

Sepanjang perjalanan, fikiran aku dok pikir, sama ada Tok Wan syok atau sedih meninggal dunia. Mungkin dia gembira sebab dapat jumpa balik arwah Tok Yam yang dah meninggal hampir 20 tahun lalu. Tabah betul Tok Wan boleh hidup bujang sorang-sorang dalam tempoh yang sangat lah lama.

Malam tu, sempat juga lah aku switch on webcam, supaya Husna di UK dapat juga tengok wajah2 terakhir tokwan. Ihsan tak online, jadi tak dapat la nak tunjuk pada dia.

Malam tadi, aku separuh tidur, separuh jaga. Maklumlah, ayah aku dah kepenatan dan tidur dulu. Jam 1.30pg, aku bangun, dengan ayah, menyambut kedatangan sepupu beliau yang merupakan bekas imam masjid negara, dari KL. Selepas tahlil 1 round, terus dia bertolak balik ke KL, kerana antara kawan yang hadir tu, ada yang kena bertugas imam solat subuh di KL.

Terlelap sekali lagi sambil duduk. Ummi pula kejut, minta ambil Mak Andak di hentian bas Taman Sri Skudai.

Pagi tadi, alhamdulillah, pengebumian berjalan lancar. Aku tolong mandikan, kafankan, dan imamkan solat jenazah.

Pengkafanan pun OK, mudah. Rasa macam memang Allah bantu sangat-sangat proses pengurusan jenazah Tok Wan.

Selepas solat, kami masih menunggu ketibaan Pak Lang dari Kedah. Entah kenapa, bas yang dinaiki sangat lambat. Banyak berhenti.

Ketika menunggu tu, ada yang bertanya. "kenapa buat tahlil sambil berdiri lepas solat tadi. Tiada dalam sunnah. Kalau ikut sunnah, terus kebumikan".

Aku senyum sambil menjawab, lebih baik bertahlil dari masing-masing berborak sementara menunggu Pak Lang datang. Pakcik tu pun kata "OK la, ana tak tau yang enta masih tunggu orang. Tapi kalau tengah tunggu, baik tunggu dulu, baru solat".

Part tu pun saya rasa kurang setuju. Sebab bukan satu batch sahaja yang solat. Ada beberapa.

Kemudian, bila Pak Lang sampai, Pak Lang pun solat jenazah sekali lagi kepada Tok Wan. Kemudian jenazah pun dibawa keluar rumah, diselang seli bacaan alfatihah. Selepas tu, aku pun naik van jenazah ke kubur (yang terletak tak sampai 200m dari rumah). Hajat awal, nak pikul sahaja sampai ke kubur. Tapi, bila tengok balik adat orang sini yang akan baca alfatihah setiap 3 langkah, aku rasa, kalau tak naik van tadi, mahu 30minit baru sampai kubur.

Pengebumian berjalan lancar. Entah, aku rasa sungguh bertenaga pegang cangkul. Cuma sekali dua, aku berhenti, pass cangkul kat sepupu aku, dan Pak Lang, meraikan depa. Hujan turun gerimis sekali sekala.

Selesai kebumi dan talkin, kami semua pulang ke rumah, bermesyuarat membincangkan hutang dan harta Tok Wan yang ditinggalkan. Aku respect giler kat bapa aku yang tak complain langsung dan setuju 100% dengan pembahagian yang diwasiatkan tokwan, yang kalau dilihat secara superficial, memang tak berpihak pada beliau. Hatta, segala perbelanjaan menjaga tokwan sebelum ni pun, takde dia claim. Sikap beliau secara tak langsung berjaya membuatkan semua orang berpuas hati.

Respect, tabik. Aku selaku pengerusi mesyuarat (ala ala speaker DUN Perak, YB Bertenang YB..) pun mudah buat kerja. Aku bersyukur kerana meskipun Tok Wan meninggal jauh dari rumah di kedah, yang ditinggalkan tetap berbaik-baik dan bersatu padu. Tak macam dalam TV.

Bila aku baca tulisan adik aku, aku pun sedar, aku ni takde la banyak mana jasa pada Tok Wan. Selain pengalaman meng'fucking out'kan beliau, dan soalan2 yang kelakar bila kami bincang kat YM sekeluarga, memang aku rasa kitorang tak banyak contribution. Terutama aku. Tapi bila tgk mak aku yang sabar giler jaga tokwan, aku rasa respek gile. Sebab jaga pak mertua punya la sabar. Hatta, lebih sabar dari ayah aku sendiri. Aku doa isteri aku pun mampu jaga ayah aku macam tu satu hari nanti.

Aku rasa, itulah iktibar paling besar selama tok wan duduk dengan kami. Parents aku dah tunjukkan bahawa, itulah jasa yang boleh depa lakukan. Semoga kami sebagai anak2 akan ingat dan dapat buat yang sama bila mereka lanjut usia nanti.

Tok Wan duduk di JB pun, sekurang-kurangnya berjaya mengeratkan hubungan antara ayah aku dan tokwan. Walaupun ayah aku ni jenis control macho dan tak display emotion in public, aku tau dia sayang kat bapa dia. Sekurang-kurangnya, tokwan meninggal dunia dalam keadaan ayah aku dah sedikit sebanyak cuba sediakan yang terbaik untuk tokwan.

Wallahua'lam.

P/s: gambar tidak sempat diambil

Sunday, July 12, 2009

Weekends & Spin Doctors

1) I spent the last weekend in Dungun, Terengganu. We drove there straight after work, and arrived late that night. The best part of Mayangsari Dungun is the Pool Villa, where each villa has its own secluded pool. This is very cool for couple who worry of their aurat being seen, and who likes mandi-mandi.

SO I REALLY RECOMMEND THIS PLACE FOR COUPLE IN HONEYMOON.

Apart from this, you may be able to enjoy scuba diving, which can be arranged rather easily here.

2) Najib announced all the 'gifts' few days ago. Firstly, it was not his money to call it gifts. Secondly, what he proposed look attractive at superficial level, but still do not solve the main problem. The taxi permit for example, will be given to UMNO crony's, or companies, which belong to dato' UMNO, who in turn will charge the taxi drivers RM50 per day for sewa permit. It is sad, considering this dato's are rich enough, yet they have to strangle these drivers. Just ask Nazri Aziz, as I am sure he knows a lot about these schemes.

3) With Manek Urai by election scheduled for tomorrow, I am saddened by the effort UMNO is putting in to negate Islam. I really hope Manek Urai voters would not give lifeline to UMNO. They have been robbing Kelantan from the Petroleum Royalty.

4) Our Ministers are bluntly stupid. They are saying words like 'this petrol does not belong to Kelantan state goverment etc'. What scares me is if couple of decades down the road, there may be conflict between Malaysia and Thailand or foreign government. They will be using our ministers' words to make the claim. The statements will definitely backfire. STUPID AND MERE DUMB.

5) Lastly, media is really good in spinning news. This article just dismissed what the exact words scribbled by the students on the wall... As expected from a BN backed media.

Oh well well

Sunday, July 05, 2009

Short & Meaningful Weekend

Last week, I received a message that the class on Saturday would be cancelled. I therefore decided to go home to JB on Friday night.

Sadly, around 7pm, I received a call and had to come to the plant. Apparently, there was an issue with few of our equipments, and I had to do basic fitness for service. Since coming back rather late, after 9pm, Ummi told me not to come home the same night, and I decided to spend the night in Seremban.

The following morning, I told Maryam that I wanted to go back. Walking out of the house, I saw the BMW Z4 nicely parked. Without much hesitation, we decided to 'borrow' abah's favourite car.


So, it was 730am in senawang, and ummi tried to advise us not to be very hard on ourselves to come to JB. At 915am, I was already outside the home in JB. And Ummi and Ayah were surprised big time.

That day, we went to a kenduri kahwin in Kulai, and later went shopping at Jusco Taman U. We ate together, and Ummi & Ayah looked very happy that night.

I left JB on sunday morning, since I had to attend a class on Syariah in Masjid Sikamat. We left at 7am, and by 8am, we were already near Ayer Keroh. Then, suddenly rain poured down very heavily. Yay, finally the Z4 traction control system came into action.

I arrived at the mosque on the dot. 9am...

Overall comment: The car has the speed & the look, but the fuel costs a little more than normal & the suspension is a little harder. I guess that's the price to pay for such style & speed.