نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Wednesday, September 21, 2005

ALAHAI POLITIK MELAYU

terbaca dalam utusan malaysia online isu Tan Sri Abdul Halil Abd. Mutalib..

beliau diarahkan supaya meminta maaf kepada TPM kerana menyamakan diri beliau dengan PM. kata-kata beliau, "Saya membayar untuk permainan golf ini. Setiap orang mesti membayar sendiri. Malah Timbalan Perdana Menteri datang ke sini (Sabtu) untuk bermain golf. Kenapa tidak seorang pun bertanya perkara itu kepadanya?''

alahai, takkan la itu pun nak minta maaf. apa bezanya? kedua mereka digajikan kerajaan, dan seharusnya berkhidmat untuk negara. adakah haram bagi seorang pegawai kerajaan untuk menyelewang (jika terbukti), tetapi halal bagi TPM? atau apakah kesalahan sebenar beliau? ternyata tidak jelas..

yang jelas, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman cuba nak mengampu TPM. ntah ntah, TPM sendiri tak ambil kisah komen tersebut. orang lain pula yang emosional. ala, budaya kerja UMNO peringkat tertinggi, memang begini. ampu sana ampu sini.. maklumlah, mungkin TPM jadi PM satu hari nanti.. jadi kita boleh la kaut projek dan tender keliling pinggang PM. dasar bumiputra lah katakan.. dari bumiputra, fokus pada melayuputra.. yang penduduk asli terabai.. dari situ.. wujud UMNOputra.. kalau tak UMNO.. sori beb.. kemudian PMputra.. sape sokong PM, kenyang la selagi mana PM tu bertakhta..

ala kulli haal.. bagi saya, ibu bapa saya jauh lebih besar dari TPM..

teringat isu 'siapa mahathir' M.Nasir...

Dato' Seri Harussani Zakaria

assalamualaikum

'ala dato' harussani.. semua benda HARUS'.

terbaca satu artikel berkenaan kunjungan muhibbah pesuruhjaya pas perak bertemu mufti perak sahibul samahah dato' seri harussani zakaria.

hmm.. tak banyak yang saya ingin katakan di sini.. cuma dato' mufti ini merupakan salah seorang yang sangat saya kagumi. ketika baru menuntut di madrasah idrisiah, ketika baru mengenal islam.. dato' mufti sering datang ke kuala kangsar. ada kuliah bulanan, ada kenduri doa selamat di raja.. dan tak kurang aktiviti rasmi sekolah yang mengundang kehadiran beliau.

beliau merupakan bekas pelajar madrasah idrisiah.. dan sehingga hari ini, beliau tanpa segan silu akan memakai kain sampin rasmi sekolah apabila hadir untuk aktiviti rasmi. beberapa tahun yang lalu, beliau merupakan pengerusi persatuan bekas pelajar. saya sendiri tidak pasti sama ada beliau masih lagi memegang jawatan tersebut.

ketika saya berada di tingkatan satu.. sememangnya saya sangat excited kiranya dapat bertemu beliau, atau hadir ke kuliah beliau. seperti kebanyakan ulama' besar.. kita akan dapat berasa satu ketenangan apabila dapat hadir dan duduk dalam majlis ilmu bersama beliau dan melihat wajah beliau..

setiap kali majlis ihtifal, kami akan menanti kehadiran beliau, lebih dari orang lain seperti pegawai daerah, wakil rakyat etc.. cuma yang menyedihkan, saya merupakan calon penerima anugerah kecemerlangan setiap tahun.. dengan sebab itu, saya akan sentiasa terlepas mendengar kata-kata aluan pengerusi bekas pelajar yang sememangnya dinantikan hadirin, memandangkan para penerima hadiah diletakkan dalam satu bilik asing bersedia menanti nama mereka dipanggil. dan komen hadirin setiap tahun.. 'he always steals the show'.

namun begitu.. ada juga suara sumbang dan jenaka yang dibuat mereka yang tidak kenal harga ulama' di akhir zaman.. pernah saya terdengar kata-kata seperti, 'ala dato' harussani.. semua benda HARUS'.

semakin saya membesar, semakin banyak saya lihat. sememangnya dato' mufti perak antara orang yang paling tegas dalam menentang kemungkaran. seringkali beliau berdiri menentang pendirian kerajaan malaysia dalam menentang kemungkaran. lihat saja isu konsert sureheboh, isu jarum percuma dan sebagainya.. yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas..

baru-baru ini, saya hadir ke majlis ihtifal yang dihadiri datuk mufti, raja muda, dan menteri besar perak. kali ini, beliau tidak diberikan slot ceramah.. saya serta para hadirin sedikit kecewa.. alahai.. penat datang jauh2. namun begitu, sempat saya kali ini bersalam dengan dato' mufti serta dif kehormat yang lain.

sememangnya saya sangat kagum pada dato' harussani, dan juga sistem tarbiyah madrasah idrisiah satu masa lalu.. semoga lebih banyak lagi tokoh dapat dilahirkan sekolah tersebut pada masa akan datang...

dan kini saya sedar.. pada dato' harussani.. tidak semua benda harus.. bahkan yang haram tetap haram, walaupun cuba diHARUSkan kerajaan UMNO/ BARISAN NASIONAL

Monday, September 19, 2005

OIC, ISRAEL dan GAZA

assalamualaikum..

saya tak ingin berbicara panjang.. setelah lama berdiam diri, mungkin ada baiknya kita bincang cerita gaza dan palestin..

baru-baru ini, kawasan gaza telah diserahkan kembali kepada umat islam palestin setelah 38 tahun. cuba bayangkan, 38 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat. kalau ada bayi yang lahir ketika itu, mungkin kita sudah punya 5 orang anak.

beberapa minggu selepas berakhirnya occupation di bumi gaza oleh para zionis laknatuLlah, muncul beberapa khabar berita yang tersebar luas.. pemimpin luar indonesia bertemu pemimpin luar israel, musharraf berucap dalam satu majlis anjuran kongress yahudi amerika syarikat..

persoalannya: adakah ini semua satu kebetulan, coincidence atau satu agenda yang telah dirancang lebih awal lagi? adakah penyerahan gaza dan pertemuan-pertemuan tersebut tidak punya kaitan sama sekali?

wallahua'lam. cuma ada sahabat palestinian berpendapat, antara syarat penyerahan gaza ialah, negara OIC harus mengiktiraf kewujudan ISRAEL..

tak perlu saya huraikan, cuma jangan terkejut andai klaus dalam passport yang menidaksahkan penggunaan passport malaysia di Israel dibuang tidak lama lagi..

you have 10 minutes to log off.

alamak, computer lab dah nak tutup.

wallahua'lam

wassalam

Tuesday, September 13, 2005

Sharon: A man of peace

"I believe Mr. Sharon to be a man of peace." --President George W. Bush

well, this is what the 43rd president of the United States of America calls him..

hmm, i don't know what to say about Sharon. to me, and many other muslims.. he is one of the bad guys.. he butchered so many muslim when he was servicing in the military, he did this and that, that no-one will ever forget..

some people may call him a man of peace.. but to many arabs out there, they will never be able to say this word..

even if they read the sentence aloud, you will hear them saying "I believe Mr. Sharon to be a man of beast."

*well, most of them cannot pronounce P... B for Botatoes.

Monday, September 12, 2005

Allah, Islam, dan kita

assalamualaikum,

entah kenapa, terasa cenderung untuk menulis sesuatu yang tidak mengarut.

terbaca beberapa artikel dari sudut agama berita harian online. artikel yang sangat baik, berkaitan tajdid iman dan juga soal ilmu geografi generasi muslim terdahulu.

aduhai, teringat akan beberapa sahabat, yang memboikot berita harian, atau utusan, atas sebab biased media, akhbar UMNO, penyebar propaganda dan pelbagai kata lain yang dilemparkan.

hai, sememangnya betul kebanyakan gelaran yang diberikan, namun, di sebalik mudharat itu, ada juga manfaat. tidak salah untuk kita manfaatkan artikel yang baik lagi bernas dalam akhbar UMNO itu. hatta, kalau benda itu baik dan berasal dari CNN atau BBC sendiri, apa salahnya dimanfaatkan.

teringat kata-kata brother moez masud, yang lebih kurang bermaksud, Allah lebih besar dari islam. Allah tak memerlukan islam, tak perlu bergantung pada hamba-Nya untuk beribadah. andai hamba-hambaNya beriman atau tidak, tidak memberi kesan apa-apa pada Allah. begitu juga islam, jauh lebih besar dari individu. lebih besar dari UMNO, lebih besar dari apa-apa organisasi mahupun individu. Allah menjanjikan kemenangan untuk islam. persoalan sekarang sama ada kita mahu bersama golongan yang menang atau tidak.

Allahua'lam

'ala kulli hal, saya akan tetap gunakan Utusan Meloya dan Berita Harian untuk salam aidilfitri...

Thursday, September 08, 2005

melayu dan kreativiti

assalamualaikum

tanggal tiga puluh satu
bulan lapan lima puluh tujuh

hai, hari kebangsaan lagi, terngiang-ngiang lagu dendangan sudirman ni kat telinga aku.

teringat aku hari kebangsaan tahun lalu. ketika itu, aku masih berada di malaysia, maklumlah, cuti musim panas..

orang selalu kata, bangsa melayu ni tidak kreatif.. tidak inovatif.. hmm, aku kurang setuju dengan pendapat melayu kurang kreatif.. cuma, mungkin melayu tidak meletakkan kreativiti di tempat yang betul..

cuba lihat kereta di malaysia. bukan main orang 'bikin'. dengan sayap lah, macam kereta nak jadi kapal terbang.. dari proton jadi satria. dari satria boleh jadi satria gti. padahal, asalnya template mitsubishi, yang mitsubishi pun tak buat jadi satria. camtu juga perdana, jadi v6, dan sekarang v6 ala sport lagi..

hmm, siapa masih ingat lagu tanya sama pokok? berapa ramai antara kita yang ingat lagu ini dengan lirik seperti: tanya sama pokok, atas ada beruk... berbanding lirik asal tanya sama pokok, apa sebab goyang.. hai, lagu ubahsuaian lebih popular dari lagu asal ketika di sekolah rendah dahulu.

lihat sahaja di luar sana, sebenarnya, banyak contoh kreativiti orang melayu. lihat sahajalah evolusi dalam industri dadah dan sebagainya. ada sahaja bahan baru yang dapat digunakan untuk menghilangkan kewarasan akal.

persoalan di sini adalah, bagaimana kita dapat menyalurkan kreativiti ke tempat yang betul? persoalan ini boleh dijawab oleh ramai pakar psikologi, yang saya bukan lah salah seorang daripada meraka. cuma, mungkin dengan meletakkan minat yang mendalam pada satu-satu perkara, seseorang mampu membina lagi kreativiti dalam bidang tersebut.

kalau minat pada lagu, maka lagulah yang diubahsuai. kalau minat pada kereta, maka keretalah yang dibikin. kalau minat pada komputer, komputer juga dihias rapi, dengan lampu dan kabel berwarna..

aduhai melayu.. aduhai bangsaku..

tanggal seluar dengan baju
bulan depan kita beli baru...

Monday, September 05, 2005

radio ramadhan bristol

couple of nights ago, i went to the launch of radio ramadhan bristol. well, it is not a bad idea, since my dad paid for the £35 ticket when he came to bristol last month. the meal was nice.. however, the organisation of the event was not very smooth.

i was rather surprised to see Dawn Primarolo, a member of Tony Blair's cabinet. well, it is not very surprising actually since she does have her share of responsibility in this broadcast and information business.. and she's the bristol south MP.

anyway, i am not so sure whether they've managed to raise enough funding for the radio, but i just hope that people will keep on helping so that we can have an islamic radio station for the next 20 years, although the original plan covers only 5 years.

anyway... back to abaqus

bye

wlm