Bila Siti Kahwin
59:7 What Allah has bestowed on His Messenger (and taken away) from the people of the townships,- belongs to Allah,- to His Messenger and to kindred and orphans, the needy and the wayfarer; In order that it may not (merely) make a circuit between the wealthy among you. So take what the Messenger assigns to you, and deny yourselves that which he withholds from you. And fear Allah. for Allah is strict in Punishment.
Bila Siti dan Datuk K yg kaya raya kahwin, hampir semua benda orang sponsor. Dahla duit derang melebih-lebih, kahwin pun orang lain tanggung. Dahlah kaya, tido berbumbung, makan tanggung, berak cangkung.. apa lagi mau?
Ada pula orang yang kurang bernasib baik, nak kahwin takde duit. Yang miskin ni, takde pulak orang nak sponsor. Government pun tak membantu. Bila banyak gejala sosial, semua salahkan orang lain.
Hai, nak buat camner.. Kereta kastam rampas, lelong murah-murah, hanya dapat kat golongan kerabat raja, datuk2 dan orang2 tertentu. Kereta worth RM200k, jual RM20k, dan depa2 ni pun berlagak. Baca aje kes MP jasin, frust sebab tak dapat kereta idaman. Cuba bagi kereta ni pada orang2 yang kurang mampu, biar depa jual, depa pun dapat la duit lebih sket, boleh sara anak bini..
Ini la hakikat negara kita. Harta hanya berlegar-legar di kalangan orang kaya sahaja. Macam mana nak break the cycle? I have no idea at all. Mungkin yang berilmu lebih boleh tolong nasihat..
Entah, sedih melihat jurang ekonomi sesama umat melayu di negara sendiri semakin besar. Tak dinafikan, ada yang malas berusaha. Tapi, ramai yang bekerja dengan jujur, amanah, tulus mulus, dan sebab itu tak dapat promotion. tak dapat naik pangkat..
Kat malaysia ni, ada beberapa cara nak jadi kaya/glamer..
1) jadi artis tru AF etc
2) masuk UMNO, dan join kelab yang betul (at the moment, team khairy)
3) buat kerja2 gila, supaya senang dapat gelaran Dato'/Datuk, harap2 dapat kawin dengan celebrity atau orang2 kaya
4) cara2 lain...
hasilnya:
1) artis yang glamer seasonal, jadi histeria satu negara. orang spend berjuta ringgit sms. seronok la tengok anak bangsa sendiri spend duit bodoh2. yang kaya AK.
2) golongan yang kaya sebab dapat kontrak. nanti orang lain naik, dia pun hilang kontrak. benkrap etc. ataupun, first round jadi kaya, pastu tak reti nak manage kekayaan. maka jatuh tersungkur balik. tgk aje amin shah, halim saad etc.
3) dapat datuk, glamer kejap. kalau kawin dgn artis, selalu kejap je cerai. kalau tahan lama, alhamdulillah..
4) golongan2 lain..
kesimpulan, jadi la golongan mana pun yang korang nak. yang penting, ingat kekayaan akan ditanya Tuhan jalan mana ia dibelanjakan...