نحن قوم أعزنا الله بالإسلام ، فهما طلبنا العزة بغيره ، أذلنا الله

We are the people whom Allah honoured through Islam, so whenever we seek honour other than it, Allah will disgrace us.

The blog is under slow transition to http://specifichumidity.wordpress.com

Sunday, August 30, 2009

Demo & Cow Head

For those who do not know, one demo happened after recent Solat Jumuah at Masjid Shah Alam, and the demonstrants walked from the Masjid to the MB's office.




OK, I know there is frustration etc, but is it religiously-justified to drag, and step the cow head? Even in Islam, you should respect animal that has sacrificed for your benefit.

Any insult to Hindu in Malaysia, you may not see any backlash. But there is one thing you have to realise. There are extremists in India who cares for nothing but the 'sanctity' of their religion. The backlash will be felt by our muslim brothers in India.

Mr Ismail Sabri talked about blood being spilled. I ask Mr Ismail Sabri, are you willing to go to India to defend our muslim brothers over there?

Mr Mahyuddin Manaf, you said the individual who brought the cow head was an exremist. Why you also took part and stepped on the head?

You guys should look at the bigger picture. Yes, you may think you are the king over here. Let's not do something stupid, that thousands of our brothers could be sacrificed, simply because you are thinking of defending Islam.

I am quite a pro demonstration myself. In fact, I have joined a number of them over the past few years. But that is in no way a justification for insulting others' religion. A religious man should respect the sanctity of any other religious institutions.

SHAME ON YOU...

Wednesday, August 26, 2009

Aktiviti Ramadhan

Siapa yang ingin tahu kedudukan dia di sisi Allah, lihatlah kedudukan Allah dalam hati kita.

Cara menguatkan hati dan hubungan dengan Allah:
- (tak sempat dengar)
- Qiamullail
- Makan yang halal dengan bersederhana
- Bergaul dengan orang soleh
- Banyakkan istighfar sebelum subuh

On the Kartika's issue and NGO's comment, my word is simple:

Shame on you NGO's for not being consistent. If you understand what is meant by being liberal, you should realise that this is HER decision not to appeal the punishment, and to undergo it.

Tuesday, August 25, 2009

PM tarbiah?

Fuh, Hari ini dalam Utusan, PM kata dia utamakan tarbiah.

Wei PM ku, Hang paham ke tarbiah tu apa? Rotan pun satu bentuk tarbiah juga. Dan rotan ikut cara islam ni, bukan membelasah macam rotan ikut cara undang-undang konvensional.

Satu lagi, yang demonstran PPSMI/ ISA etc, kenapa kena hempuk habis-habisan dengan FRU?

Utamakan tarbiah – PM


Najib Tun Razak bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (dua dari kiri) ketika melancarkan Hari Wanita peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen KLCC, semalam. Turut sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor. - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


PELBAGAI pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam memberikan reaksi terhadap penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32.

Hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama wanita.

Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah terbabit supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan dilakukan.

Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan intipati di dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

*Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus memberi jaminan menyemak semula enakmen hukuman sebat atas kesalahan minum arak selepas Aidilfitri ini yang turut membabitkan kes Kartika.

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menjatuhkan hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama golongan wanita.

Perdana Menteri berkata, Islam lebih mengutamakan tarbiah secara berhemah terhadap pesalah supaya mereka lebih sedar dengan kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Rasa simpati, belas kasihan serta tarbiah merupakan inti pati dalam Islam dan itu yang diamalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Oleh itu, apabila mengenakan hukuman (terhadap pesalah) proses tarbiah sepatutnya lebih penting berbanding hukuman fizikal kerana ia sejajar dengan sifat Islam yang simpati dan belas kasihan kepada umatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini malam ini.

Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam pada itu, Najib turut menyentuh mengenai wanita yang sering menjadi mangsa dalam kes-kes kekeluargaan seperti nafkah dan penceraian.

“Dalam kita melaksanakan hukum syariah terlalu banyak kes nafkah, cerai dan sebagainya yang mana wanita sering jadi mangsa.

“Ini kerana tiada kerja-kerja penguatkuasaan dalam menguatkuasakan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah syariah,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan kuota 30 peratus golongan wanita sebagai pembuat keputusan tercapai.

Menurutnya, ia boleh dicapai kerana wanita juga mempunyai kebolehan sama dengan lelaki malah dalam beberapa bidang bilangan mereka lebih ramai antaranya penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Berdasarkan rekod jumlah wanita di IPT kira-kira 65 peratus. Begitu juga dengan beberapa kementerian yang mana kita dapati jumlah mereka lebih ramai daripada lelaki,” katanya.

Mengenai pelancaran Dasar Wanita Negara malam ini, Najib berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang harus diberi tumpuan.

“Pertama, persekitaran yang kondusif perlu dibentuk dalam usaha memastikan peranan wanita menjadi lebih aktif serta bebas daripada unsur-unsur diskriminasi.

“Satu lagi perkara yang perlu diberi penekanan ialah keperluan membenarkan wanita bekerja dalam waktu yang lebih fleksibel selain menggalakkan kewujudan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja,” katanya.

Friday, August 21, 2009

Stupid PLUS

I was on my way home from KL tonight at roughly 1030pm.

After Nilai exit, close to Seremban R&R, there was a huge traffic jam.

I found few cars have had accidents, broken lights etc. I was sure this was because of the sudden slow down.

Few kilometers ahead, more shattered lights and bumpers, and more sign of accidents. And a couple of ambulances with the sirens moving here and there.

What actually happened? Full picture came about a couple more kilometers ahead, when a cherry picker truck was spotted blocking the slowest lane of the three lanes, and some personnel were noted doing maintenance.

STUPID PLUS? Why do you give discount after 12 until 5am? Because you want to encourage people to avoid congestion at rush hour.

Why do you have to be so stupid doing maintenance on a friday night? dont you have data that show people travel a lot more on friday evening and monday morning? and why can't you do it during your happy hour? the 12 to 5 thingy?

Cant your engineers think? cant you see how many accidents have you caused?

Bodoh and Bodoh. Tu la, kecik2 tak nak mampus, besar2 susahkan orang, dan sampai ada orang lain plak mampus accident.

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan 2

Assalamualaikum.

I just came back from the moonsighting event at Teluk Kemang. A group of people gathered at Baitul Hilal in Batu 8 Port Dickson to observe if new moon was born. As expected, it was not visible, so we will complete the month of shaaban tomorrow.

On the way back, I and Azhan stopped at masjid Jamek PD, where a majlis bacaan yassin dan solat hajat was organised for UPSR candidates. I observed 2 kids playing while praying isha', and the following happened:

Aku (sambil menggenggam tangan Budak A): Kenapa solat main2?
Budak A: Dia (sambil tunjuk budak B) kacau saya, dia pijak kaki saya.
Budak B: Mana ada, dia tolak-tolak saya.
Aku: Bla bla bla.. macam mana doa nak terima.. solat main2..

Aku (tengok budak2 tu dah nak nangis): macam ni lah, pakcik nak denda. Pakcik taknak pukul, taknak cubit. pakcik nak, kamu bogel, jalan keliling masjid.. (main2 je)
Aku: pakcik nak, kamu solat balik. Kamu (sambil tunjuk budak A) imam, dia (budak B) makmum
Budak A: saya tak pandai, tolong la pakcik, saya tak tau.
Aku: Ok Kamu (sambil tunjuk budak B) imam, dia (budak A) makmum..
Budak B: ala, saya pun tak pandai, tolong la pakcik
Budak A: tolong la pakcik, kitorang semayang sendiri-sendiri la..
Aku (agaknya, aku pegang tangan budak ni kuat sangat kot): TAK BOLEH. Kena jemaah. pakcik imam, kamu berdua makmum. tapi solat sebelah sini. kalau pakcik letak kat belakang, nanti kamu lari..

Aku: kamu (budak B) qamat..
Budak B: Allahuakbar Allaaaaaaaahuakbar, Allahuakbar Allaaaaaaaaahuakbar
Aku: Aku suruh qamat, bukan azan.. qamat sekali je. haa, kamu (budak A) qamat.
Budak A: Allahuakbar Allahuakbar, laila..
Aku: Asyahadu..
Budak A: Asyhadu alla ilaha illaLLah....... Haiya Alassolah, qadqamatissalah, Allahuakbar...
Aku: (dalam hati, aik budak ni skip pulak haiya alal falah, pastu diam) laila
Budak A: LailahaillaLlah.

Pastu solat. selesai solat...
Aku: (pandang budak B) haa, baca doa..
Budak B: (sambil tadah tangan) Bismillahirrahmanirrahim. Alhamduilllahi rabbil alamin, arrahmanirrahim....... waladdhaaalliin.. ameen.
Aku: (aik, satu surah fatihah je dah habis..)

budak B pun cakap terima kasih. Aku pesan, kalau mak ayah tanya kenapa lambat, cakap pakcik tu suruh solat balik, pasal tadi solat main-main. Lain kali jangan main-main lagi. macam mana nak maqbul doa..

kelakar betul.. hehe

Wednesday, August 19, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Image

Image

Berdasarkan pengiraan, InsyaAllah kita akan mula berpuasa pada hari Sabtu. Namun begitu, marilah kita bersama-sama keluar rumah pada petang ini untuk melihat-lihat anak bulan, sebagai satu ibadah fardu ain.

Tuesday, August 18, 2009

Ekspo Di Ambang Ramadhan

Alhamdulillah, baru-baru ini, satu ekspo Di Ambang Ramadhan telah berjaya diadakan di Dataran Senawang. Program ini adalah anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi, di bawah kendalian Exco Penerangan DPPN9, Saudara Husaini, dibantu rakan-rakan dari Jemaah Islah Malaysia (JIM), PASTI, Nisa' dan NGO-NGO lain. Wakil DPPTK sempat berkunjung ke Ekspo tersebut.

Pada malam pertama, sesi tayangan video air mata dan darah palestin telah diadakan. Memandangkan ia adalah slot pembuka, kehadiran sedikit mengecewakan. Pun begitu, video tersebut menceritakan penderitaan saudara-saudara islam di Palestin, dan sememangnya sangat menginsafkan.

Pada siang hari sabtu, pelbagai aktiviti diadakan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Antaranya ialah khidmat guaman percuma. Malam kedua, sesi forum telah diadakan dengan dibarisi Panel yang berkaliber seperti Ust Khusyairi dan Ustazah Nik Nor Seha. Forum yang dipengerusikan Ustaz Khairul Anuar Wafa ini telah dibanjiri lebih 200 orang pengunjung. Selain membincangkan hikmah puasa, forum ini juga turut menyentuh isu umat seperti perpaduan dan sebagainya.

Panelis Forum Di Ambang Ramadhan

Audience Forum Di Ambang Ramadhan

Skrin Besar

Hari ketiga, ahad, program diisi dengan pertandingan untuk kanak-kanak, dan pertandingan explorace dan motosikal perlahan bagi orang dewasa. Sebelah malamnya, pengunjung disajikan dengan teater 'Menunggu Kata Dari Tuhan' arahan saudara Dinsman. Teater ini mengisahkan monolog yang dilalui Sahabat Nabi s.a.w iaitu Kaab bin Malik yang dipulaukan oleh umat Islam berikutan kelengahan beliau turut sama ke medan Tabuk. Watak Kaab yang dilakonkan Saudara Sabri Yunus, sememangnya berjaya dimainkan dengan baik, dengan iringan gesekan Biola saudara Sani Sudin (Kopratasa). Satu persembahan yang cukup baik.

Sabri Yunus & Sani Sudin


Monolog Kaab


Sekali lagi, tahniah kepada AJK kerja Ekspo Di Ambang Ramadhan. Semoga segala penat lelah kalian dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan.

P/s:

Kaab bin Malik merupakan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Dia mempunyai kebun kurma, dan ketika turunnya arahan untuk muslimin keluar perang Tabuk, ramai yang berat hati untuk keluar memandangkan ketika itu musim panas dan musim kurma sedang masak.

Kaab berlengah untuk keluar ke Tabuk, kerana berasakan yang beliau mampu mengejar rombongan Rasulullah s.a.w. Ditaqdirkan Allah, peperangan tidak jadi berlaku kerana tentera Rom tidak datang, Rasulullah pulang ke Madinah lebih awal.

Ramai yang memberikan alasan kepada Rasulullah kerana tidak pergi berperang, melainkan 3 orang, termasuk Kaab bin Malik. Mereka ini terpaksa dipulaukan oleh semua umat Islam sehingga Allah memutuskan apakah hukuman terhadap mereka.


Selepas 50 hari, turunlah ayat quran menyatakan Allah telah menerima taubat mereka.

Monday, August 17, 2009

Usain Bolt Broke the 100m World Record (again)

Yes, he did it again. This time, it was 9.58s, 0.11s off his old record. People knew during the olympics that he was not doing his best...



I still wonder how far can he go...

Antara maklumat yang baru aku terima:

1) Salahuddin al Ayubi waktu muda bukanlah orang yang alim giler. Cuma dia mampu berubah.

2) Richord the Lion Heart was gay.

No wonder Salahuddin had difficult time dealing with this man.

Sunday, August 16, 2009

Hari Terbuka Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson

Alhamdulillah, pada hari Sabtu, 15 Ogos yang lalu, Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar (SJTJ) Port Dickson telah berjaya mengadakan hari terbuka. Wakil dari DPPTK turut sama tidak melepaskan peluang melawat SJTJ supaya kami dapat sama-sama memahami fungsi dan operasi SJTJ.

SJTJ merupakan satu stesen janakuasa milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Dibuka pada tahun 1969, SJTJ telah beroperasi selama hampir 40 tahun. SJTJ juga telah mengalami beberapa siri naik taraf, agar dapat terus memastikan permintaan terhadap tenaga elektrik dapat dipenuhi.

SJTJ dilihat dari laut

Setibanya para pelawat ke pintu pagar utama, suhu badan kami diperiksa bagi memastikan kami semua bebas demam/ H1N1. Kemudian, para pelawat diminta duduk di bilik induksi bagi taklimat keselamatan sekitar 3 minit. Taklimat ini secara amnya memberitahu pelawat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam kawasan SJTJ, dan apa yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan.

Seterusnya, para pelawat dibawa ke pameran pertama, iaitu workshop atau bengkel. Di sini, kebanyakan peralatan syarikat SJTJ diberikan servis. Antara yang dipamerkan adalah transmission pipe untuk mengalirkan gas panas dari ruang pembakaran ke bilah turbin untuk memutarkan turbin seterusnya menjana elektrik.

Seterusnya, kami dibawa melihat air inlet iaitu satu sistem penapisan yang digunakan untuk menyedut udara untuk pembakaran. Alat ini mempunyai 700 penapis kecil, yang diselenggara ketika plant tersebut hidup/ onstream maintenance.

Seterusnya, kami dibawa melihat turbin wap/ stim turbine yang diguna untuk menjana elektrik menggunakan sisa haba selepas kuasa utama dijana menggunakan turbin gas. Satu turbin wap di sini mampu menjana sehingga 250MW.

Turbin Stim dan Generator

Kami kemudian dibawa melawat bilik kawalan utama, di mana, staf operasi menjaga panel dan mengawasi perjalanan SJTJ dan penjanaan kuasa elektrik. Staf di sini turut memantau efficiency stesen tersebut, yang mampu mencecah sehingga 55.9%.

Selesai di situ, kami dibawa melihat turbin gas yang bagi train A. Satu turbin gas mampu menjana sehingga 250MW, dan SJTJ mempunyai 4 buah turbin gas. Gas panas dari setiap 2 buah turbin gas akan dilalukan ke satu dandang haba sisa/ Heat Recovery Steam Generator (HRSG) untuk memanaskan stim, dan stim ini akan memutarkan satu turbin stim.

Secara total, jumlah janaan kuasa elektrik di sini adalah:

Turbin gas 1A: 250MW
Turbin gas 1B: 250MW
Turbin stim 1: 250MW

Turbin gas 2A: 250MW
Turbin gas 2B: 250MW
Turbin stim 2: 250MW

Jumlah pengeluaran maksima adalah 1500MW.

Heat Recovery Steam Generator (HRSG)

Seterusnya, kami di bawa ke pejabat utama, dan terdapat sedikit permainan dan kuiz untuk kanak-kanak di situ. Seterusnya, pelawat di bawa ke kantin, di mana sedikit jamuan ringan disediakan.

Pejabat Utama

Secara amnya, lawatan ini berjaya memberi pengetahuan dan kefahaman kepada penduduk setempat berkaitan peranan dan proses penjanaan elektrik di SJTJ. Kami berharap agar lebih banyak syarikat di Port Dickson dapat mencontohi SJTJ dalam mendidik masyarakat setempat, di samping memupuk sikap ambil tahu di kalangan ahli masyarakat.

Syabas SJTJ & TNB.

P/S: Sumber gambar diperoleh dari pelbagai sumber internet, memandangkan kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa lawatan.

Thursday, August 13, 2009

British Papers

British Newspapers can be neatly categorized thus:

The Daily Mirror is read by people who think they run the country;
The Guardian is read by people who think they ought to run the country;
The Times is read by people who actually do run the country;
The Daily Mail is read by the wives of the people who run the country and think Hitler was rather a nice chap.
The Financial Times is read by people who own the country;
The Morning Star is read by people who think the country ought to be run by another country;
The Daily Telegraph is read by people who think it already is.
The Sun is read by people who don’t care who runs the country, as long as she’s got big tits.
The Daily Sport is read by people who don't know what a country is. But they like tits!
The Star is read by people who think that everyone should run their own country, with girls with BIG TITS!
The Express is read by people who hate their country, everybody else's country and themselves, and everything in general.
The Independent is read by people who own the newspapers.

Monday, August 10, 2009

Lagu Rakyat 2

Di kedai makan yang sama, aku sempat juga dengar lagu berikut:



Ooo Ayamas,
Ayamas naik lori,
Lori Ayamas pancit,
Ayamas jatuh sakit
sakit ayamas teruk,
ayamas jadi beruk,
Beruk dalam hutan,
Ayamas jadi setan,
Setan dekat kubur,
Ayamas jadi bubur,
Bubur... dah tak tau dah (kata penyanyi tersebut)


Tapi tiba-tiba aku dengar kawan dia nyanyi sorang perlahan saja bunyinya..


Bubur... Dubur..
Dubur... P**tat..


Lepas tu, aku minta dia ulang balik, dia terus tak mahu dan cabut lari...


Ish ish, boleh tahan mencarut juga budak-budak zaman sekarang...

Sunday, August 09, 2009

Lagu rakyat

Setiap komuniti, ada lagu rakyatnya. Teringat aku, antara lagu rakyat, mungkin rakyat generasi aku, yang berbunyi lebih kurang begini.

Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah.

Pong pong pong pong pong pong pong pong pong
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa ke rumah nenek.

Lagu ini menunjukkan beberapa perkara:
1) Papa: Dinyanyikan anak-anak generasi 80-an, yang memanggil bapa mereka Papa
2) Kereta: Kereta bukan satu perkara yang asing dalam satu satu keluarga

Tadi, ketika makan malam, aku terdengar kanak-kanak di restoran tersebut menyanyikan lagu tersebut dengan versi sedikit berbeza:

Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kancil warna merah,
Boleh ku bawa ke sekolah.

Pong pong pong pong pong pong pong pong pong
Kereta kancil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek.

* nampak gaya, kereta kancil dah jadi sangat famous. Generasi 2000-an

Friday, August 07, 2009

Healthcare + Hearing Depletion Curve

I think I have been having slight hearing problem, but somehow, I still could not find the right medication for it.

And healthcare product advertisement industry can be summarised below:


After looking at the outcome of the study, I think my hearing is perfectly fine, or normal.

Aih, Alim pulak UMNO zaman sekarang


Baca artikel ini

Aih, sejak bila UMNO jadi alim ni? Rasuah, yang haram dalam islam, tak pula nak diharamkan.

Yang rajin tonggang arak ni pun, orang UMNO juga. Tak apalah, mungkin depa dah bertaubat.

Tuesday, August 04, 2009

Orang makan biawak, bayi atau itik?

Baca artikel Berita Harian di sini, dan hujah-hujah peguam di sini.

1) Biawak makan bayi
2) Mastura Mamat makan biawak di tepi jeti kilang. Selalunya, dia makan bangkai itik, setelah dimakan biawak.








Mungkin Menu High Tea Mastura Mamat

3) Lepas kerja, dia duduk makan biawak, tapi dia ingat itik, sebab sebelum tu ada biawak dah makan. Dia pun malas nak periksa, bedal saja.

Bukan Mastura Mamat

4) Esoknya, kawan dia bagitau, benda tu bukan itik, bukan juga biawak. Sebenarnya bayi.


5) Dia pun bagitau pengurusan, dah tersalah makan. Nak ambik MC ke, dah salah makan, dan kemungkinan sakit perut.


Rupa High Bukan Mastura Mamat

Orang makan biawak, bayi atau itik?

Monday, August 03, 2009

Pemimpin yang Bodoh

Diriwayatkan dari Jabr bin Abdillah ra dari Nabi saw sesungguhnya beliau bersabda kepada Ka'ab bin Ajrah, "Semoga Alah menjauhkan kamu dari pemimpin yang bodoh."

Ka'ab bertanya, "Siapakah pemimpin yang tolol/bodoh itu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Yaitu para pemimpin sesudahku yang tidak mau memberi petunjuk seperti petunjukku, tidak pula mau menerapkan syariat (peraturan, undang-undang) seperti ajaranku. Barangsiapa membenarkan perilaku pemimpin tersebut dengan segala kebohongannya dan membantu segala perilaku zhalimnya, maka mereka bukan termasuk ummatku dan aku terbebas dari mereka. Mereka tidak akan pernah mencicipi telagaku (di surga). Sebaliknya, barangsiapa tidak membenarkan segala kebohongan yang diperbuat pemimpin tersebut dan tidak pula membantu perilaku zhalimnya, maka mereka termasuk ummatku dan akupun meridhainya. Mereka akan minum air telagaku (di surga)".